Estetika ukiran keliring dalam konteks institusi sosial Orang Ulu di Daerah Belaga Sarawak (IR)

Kajian kes kualitatif ini bertujuan untuk menjelaskan nilai-nilai estetika ukiran keliring dalam konteks institusi sosial Orang Ulu di Daerah Belaga, Sarawak. Kajian ini dilakukan berdasarkan senario semasa dan permasalahan dalam konteks institusi sosial dalam menangani cabaran melestarikan estetika...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ananthan Nagu
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3886
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kes kualitatif ini bertujuan untuk menjelaskan nilai-nilai estetika ukiran keliring dalam konteks institusi sosial Orang Ulu di Daerah Belaga, Sarawak. Kajian ini dilakukan berdasarkan senario semasa dan permasalahan dalam konteks institusi sosial dalam menangani cabaran melestarikan estetika ukiran keliring mendepani arus globalisasi. Kutipan data kajian ini dilakukan di Rumah Panjang Punan Bah, di Rumah Panjang Tinjar, di Muzium Negeri Sarawak dan di Muzium Negara Kuala Lumpur. Sumber data utama diperoleh melalui temu bual terhadap sembilan orang informan dalam kalangan Orang Ulu yang berasal dari Belaga yang berumur antara 50 dan 90 tahun. Maklumat data lain diperoleh melalui kaedah pemerhatian, fotografi dan analisis dokumen. Kajian estetika ukiran keliring ini dilakukan berlandaskan prinsip-prinsip estetika oleh Zakaria Ali (1989) dan ciri-ciri institusi sosial yang telah dikemukakan oleh Hobbs dan Blank (1978). Dapatan kajian ini menunjukkan kepelbagaian motif yang mempunyai nilai estetika yang tinggi, menggambarkan prinsip perlambangan, bersatu, berguna, bermakna, berlawan dan prinsip halus yang diadaptasi daripada unsur alam di Sarawak. Nilai estetika motif ukiran ini juga lebih menyerlah dengan terdapatnya simbol, ideologi dan kod tingkah laku yang berkait dengan institusi sosial masyarakat Orang Ulu. Implikasinya penekanan kepada pengembangan teori, kepentingan praktis dan pelestarian motif-motif ukiran keliring wajar dipelihara dan dilestarikan