Pentaksiran pembelajaran kemahiran asas bagi permainan kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani tahun 4 (IR)

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pentaksiran pembelajaran kemahiran asas terhadap pencapaian standard prestasi pembelajaran murid bagi permainan kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani Tahun 4. Analisis perbandingan pencapaian standard prestasi pembelajaran antara murid sekolah banda...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Liza Saad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3888
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pentaksiran pembelajaran kemahiran asas terhadap pencapaian standard prestasi pembelajaran murid bagi permainan kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani Tahun 4. Analisis perbandingan pencapaian standard prestasi pembelajaran antara murid sekolah bandar dengan luar bandar turut dikaji. Kajian juga menilai hubungan antara pencapaian pentaksiran formatif dengan pentaksiran sumatif. Sehubungan itu, penggunaan instrumen pentaksiran pembelajaran juga ditentukan melalui soal selidik persepsi guru. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian pra eksperimen - kajian kes sekali telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian melibatkan 18 orang guru Pendidikan Jasmani dan 544 orang murid Tahun 4 di 10 buah sekolah rendah daerah Hulu Selangor, Malaysia. Kajian ini menggunakan instrumen pentaksiran pembelajaran dan soal selidik persepsi guru. Kaedah pentaksiran guru dan pentaksiran kendiri turut digunakan dalam kajian ini bagi mengumpul data yang mengukur pencapaian standard prestasi aspek pembelajaran psikomotor, kognitif dan afektif murid. Keputusan kajian mendapati standard prestasi pembelajaran murid adalah pada pencapaian baik. Kajian ini juga mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara pencapaian standard prestasi pembelajaran murid bagi permainan kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani Tahun 4 antara kategori sekolah bandar dengan luar bandar. Dalam pada itu, analisis data menunjukkan wujud hubungan yang sederhana dan signifikan antara pencapaian pentaksiran pembelajaran formatif murid dengan pencapaian pentaksiran pembelajaran sumatif mengikut kategori sekolah bandar dan luar bandar. Manakala, analisis persepsi guru menyatakan bersetuju bahawa instrumen pentaksiran pembelajaran mampu meningkatkan pencapaian standard prestasi pembelajaran murid bagi kemahiran asas permainan kategori serangan. Dengan demikian, instrumen pentaksiran pembelajaran wajar digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Jasmani khususnya permainan kategori serangan agar guru dapat menilai murid secara menyeluruh dari aspek pembelajaran psikomotor, kognitif dan afektif. Maka, hasrat PPPM 2013-2025 berkaitan kurikulum dapat dicapai.