Pengurusan bekalan air domestik berkualiti semasa bencana banjir di Kuala Krai, Kelantan
Kajian ini bertujuan untuk membentuk model pengurusan bekalan air domestikberkualiti semasa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Jajahan Kuala Krai. Pendekatandigunakan adalah kuantitatif. Reka bentuk kajian adalah penerokaan dengan pencerapan sampel air dansoal selidik. Penilaian kualiti air...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk membentuk model pengurusan bekalan air domestikberkualiti semasa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Jajahan Kuala Krai. Pendekatandigunakan adalah kuantitatif. Reka bentuk kajian adalah penerokaan dengan pencerapan sampel air dansoal selidik. Penilaian kualiti air melibatkan air telaga, air banjir dan air hujan berdasarkanIndeks Kualiti Air yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Parameter yang digunakan adalahoksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia, keperluan oksigen kimia, ammonia nitrogen, pepejalterampai, pH, kekeruhan, nitrat, ferum, magnesium, kalsium, kuprum dan bakteria Escherichia Coli.Sampel air dikutip dua kali iaitu bulan Disember 2016 hingga Januari 2017 dan Mei hingga Jun 2017.Seramai 300 orang responden dipilih melalui kaedah pensampelan rawak daripada ketua isi rumahpenduduk terlibat banjir. Analisis pemetaan iaitu data query, locational dan proximity analysis,map overlay dan pemilihan tapak bagi penentuan lokasi PPS dan lokasi sumber air menggunakanperisian ArcGIS 10.1. Analisis kuantitatif melibatkan analisis deskriptif dan inferens. AdaptasiPelan Keselamatan Air (PKA), WHO digunakan dalam pembentukan model. Dapatan kajian menunjukkankualiti air bagi telaga dan banjir berada pada Kelas III, berstatus sederhana tercemar danmemerlukan proses rawatan sepenuhnya untuk tujuan minuman. Sedangkan air hujan berada pada KelasII, berstatus bersih dan memerlukan beberapa proses rawatan biasa untuk tujuan air minuman.Dapatan kajian juga menunjukkan kecenderungan responden menggunakan air hujan (Min=4.35, SP=0.417)adalah lebih tinggi berbanding air banjir (Min=4.27, SP=0.352) dan air telaga (Min=3.93, SP=0.572).Model pengurusan bekalan air domestik berkualiti semasa bencana banjir yang dibangunkan melibatkantujuh aspek penting iaitu risiko, sistem bekalan air sedia ada, pencarian sumber air, penilaiankualiti air, sistem pengagihan, kaedah rawatan air dan penggunaan mengikut tiga jenis sumber airyang boleh dimanfaatkan. Kesimpulannya, air hujan adalah sumber air alternatif yang boleh menjadisumber air minuman semasa banjir berlaku. Implikasi kajian ini dapat digunakan oleh agensi kerajaanbagi meningkatkan kecekapan pengurusan bantuanbekalan air domestik berkualiti di Malaysia. |
---|