Visualisasi penjanaan kendiri: pendekatan grounded theory untuk meneroka kefahaman pelajar Biologi terhadap konsep kitar karbon (IR)

Kajian ini bertujuan meneroka kefahaman pelajar Biologi di sebuah kolej matrikulasi terhadap konsep kitar karbon menerusi visualisasi penjanaan kendiri (self-generated visualization). Terdapat empat objektif dalam kajian ini iaitu, meneroka pemprosesan maklumat, mengenal pasti model mental yang terh...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Roszelina Abd Rahman
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4176
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan meneroka kefahaman pelajar Biologi di sebuah kolej matrikulasi terhadap konsep kitar karbon menerusi visualisasi penjanaan kendiri (self-generated visualization). Terdapat empat objektif dalam kajian ini iaitu, meneroka pemprosesan maklumat, mengenal pasti model mental yang terhasil dalam kalangan pelajar berbeza tahap pencapaian, menganalisis kefahaman pelajar mengenai konsep kitar karbon dan seterusnya mencadangkan kerangka instruksi visualisasi penjanaan kendiri terhadap konsep kitar karbon. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah Grounded theory. Pensampelan bertujuan digunakan untuk memilih pelajar Biologi tersebut. Data dikumpul dengan menggunakan temu bual mendalam (in-depth interview), tugasan visualisasi kitar karbon dan ujian kefahaman kitar karbon. Data temu bual dan dokumen tugasan dianalisis secara kualitatif dengan menggunakan kaedah perbandingan berterusan (constant comparison method) manakala ujian kefahaman kitar karbon dianalisis dan dilaporkan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat proses yang timbul dalam pemprosesan maklumat visualisasi, iaitu proses perhatian, pengekodan, visualisasi mnemonik dan pemanggilan visualisasi. Penjanaan visualisasi kendiri pelajar menghasilkan dua model mental iaitu model mental grafik dan teks. Hasil ujian kefahaman menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kefahaman dan huraian konsep abstrak yang dipelajari terutamanya dalam kalangan pelajar berpencapaian sederhana dan rendah. Satu kerangka instruksi visualisasi penjanaan kendiri terhadap konsep abstrak umumnya dan kitar karbon khususnya telah dicadangkan. Dapat dirumuskan bahawa visualisasi penjanaan kendiri boleh membantu pelajar Biologi untuk memahami konsep abstrak dengan lebih bermakna. Justeru diharapkan kerangka instruksi yang dihasilkan dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran konsep abstrak sains.