Pembangunan dan pengujian modul kaedah pengajaran berasaskan adventure terhadap pencapaian statistik asas, kemahiran berfikir kritis dan kemahiran kepimpinan (IR)
Kajian ini bertujuan membangun dan menguji Modul Kaedah Pengajaran Berasaskan Adventure (KPBA) terhadap pencapaian Statistik Asas, kemahiran berfikir kritis dan kemahiran kepimpinan pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian pembangunan modul dengan dua fasa pelaksanaannya. Fasa pertama meli...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4178 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan membangun dan menguji Modul Kaedah Pengajaran Berasaskan Adventure (KPBA) terhadap pencapaian Statistik Asas, kemahiran berfikir kritis dan kemahiran kepimpinan pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian pembangunan modul dengan dua fasa pelaksanaannya. Fasa pertama melibatkan fasa pembangunan modul KPBA berasaskan model ADDIE dan Kemp. Fasa kedua kajian menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen ujian pra-pos kumpulan kawalan tidak setara ke atas 30 orang pelajar semester dua Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di sebuah Institut Pendidikan Guru Malaysia yang dipilih secara teknik rawak berkelompok. Data dikumpulkan menggunakan tiga instrumen iaitu ujian pencapaian Statistik Asas, ujian kemahiran berfikir kritis dan soal selidik kemahiran kepimpinan. Data dianalisis secara deskriptif dan inferens menerusi ANOVA dan MANOVA bagi menentukan perbezaan pelajar antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kajian ini berjaya membangunkan Modul KPBA yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan indeks tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min ujian pos antara kumpulan bagi pencapaian Statistik Asas, kemahiran kepimpinan dan tidak signifikan bagi kemahiran berfikir kritis. Seterusnya, terdapat perbezaan yang signifikan min ujian pos tertangguh antara kumpulan bagi pencapaian Statistik Asas, kemahiran kemahiran berfikir kritis dan tidak signifikan bagi kemahiran kepimpinan. Ujian multivariate Pillai’s Trace menunjukkan bahawa wujud kesan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pos serta ujian pos dan ujian pos tertangguh. Kesimpulannya, modul KPBA bercirikan kemahiran abad ke-21 yang dibangunkan dapat meningkatkan pencapaian Statisitik Asas serta mengukuhkan kemahiran berfikir kritis dan kemahiran kepimpinan pelajar. Implikasinya, modul KPBA menyokong teori pembelajaran berasaskan pengalaman Kolb dan inkuiri Dewey serta membukti bahawa kaedah pembelajaran berasaskan adventure boleh dijadikan kaedah pengajaran alternatif bagi membangunkan modal insan Malaysia yang menyeluruh. |
---|