Pengetahuan pedagogikal isi kandungan guru bahasa Arab dalam pengajaran konsonan Arab (IR)

Tujuan kajian ini adalah untuk; meneroka PPIK guru terhadap konsep makhraj dan sifat bunyi konsonan dalam pengajaran sebutan konsonan Arab. Kajian ini juga meninjau pengajaran guru dalam menyampaikan aspek makhraj dan sifat bunyi konsonan di peringkat pendidikan awal. Kajian memberi fokus terhadap k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zarima Mohd Zakaria
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4182
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk; meneroka PPIK guru terhadap konsep makhraj dan sifat bunyi konsonan dalam pengajaran sebutan konsonan Arab. Kajian ini juga meninjau pengajaran guru dalam menyampaikan aspek makhraj dan sifat bunyi konsonan di peringkat pendidikan awal. Kajian memberi fokus terhadap kesukaran yang dihadapi pelajar dalam menyebut konsonan Arab, seterusnya mengenal pasti tahap kefasihan pelajar dalam menyebut, dan menyusun konsonan Arab berdasarkan sebutan aras mudah ke sukar. Perlaksanaan kajian ini dilihat menerusi konsep pengetahuan pedagogikal isi kandungan (PPIK) yang diaplikasikan dalam pengajaran sebutan konsonan Arab. Kajian ini melibatkan subjek kajian yang terdiri daripada lima orang guru bahasa Arab dan responden kajian 400 orang murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan daerah Klang, Selangor Darul Ehsan. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes satu kes pelbagai tempat. Data kajian pula dikumpul secara pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Data kualitatif diperoleh dari temubual mendalam, pemerhatian tidak turut serta dan analisis dokumen. Kesahan data dilakukan secara triangulasi pelbagai sumber data dan semakan rakan. Kebolehpercayaan data pula diperoleh dengan mendapatkan perakuan pakar berasaskan nilai persetujuan pekali Cohen Kappa. Manakala data secara kuantitatif diperoleh dari ujian lisan sebutan pelajar bagi mendapatkan tahap kefasihan sebutan konsonan Arab dan dinilai oleh pakar penilai, Kesimpulannya, hasil analisis mendapati bahawa guru bahasa Arab memiliki pengetahuan yang kurang j elas tentang konsep makhraj dan sifat bunyi konsonan tetapi amat menyedari tentang kepentingannya dalam pengajaran sebutan konsonan Arab. Aspek makhraj diterapkan dalam aktiviti sebutan konsonan Arab pada setiap kali permulaan pengajaran. Dapatan juga menunjukkan bahawa sebanyak 13 konsonan berada di tahap fasih dan 15 konsonan berada di tahap sederhana fasih.