Pembangunan dan penilaian keberkesanan modul pembelajaran kendiri berasaskan multimedia bagi topik cahaya Fizik tingkatan empat (IR)

Kajian ini memfokus pada pembangunan dan keberkesanan modul pembelajaran kendiri berasaskan multimedia bagi topik Cahaya dalam mata pelajaran Fizik ke atas pelajar Tingkatan Empat MRSM. Reka bentuk kajian ini adalah kajian reka bentuk dan pembangunan modul pembelajaran kendiri berasaskan multimedia....

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Kok, Keng Hon
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4183
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini memfokus pada pembangunan dan keberkesanan modul pembelajaran kendiri berasaskan multimedia bagi topik Cahaya dalam mata pelajaran Fizik ke atas pelajar Tingkatan Empat MRSM. Reka bentuk kajian ini adalah kajian reka bentuk dan pembangunan modul pembelajaran kendiri berasaskan multimedia. Manakala keberkesanan modul dikaji dengan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan 254 orang pelajar MRSM. Teknik persampelan rawak berkelompok digunakan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan set soalan ujian penilaian, borang soal selidik Group Embedded Figures Test (GEFT) dan Maryland Physics Expectations Survey (MPEX). Hasil kajian rintis menunjukkan bahawa nilai pekali kesahan reka bentuk dan kandungan serta nilai kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha untuk modul ini ialah 0.99, 0.99 dan 0.802. Hasil dapatan dianalisis menggunakan ujian statistik inferensi ANCOVA, ANOVA sehala dan Wilcoxon T. Keputusan analisis ujian ANCOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor pencapaian pelajar daripada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen selepas mengawal faktor gaya kognitif. Manakala keputusan analisis ujian ANOVA sehala pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor pencapaian pelajar yang mempunyai gaya kognitif bebas medan, pertengahan medan dan bersandar medan. Analisis ujian Wilcoxon T pula menunjukkan bahawa modul ini tidak memberi kesan yang signifikan dalam jangkaan pelajar terhadap Fizik. Kesimpulannya, modul pembelajaran kendiri berasaskan multimedia bagi topik Cahaya dalam mata pelajaran Fizik yang dibangunkan berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar walaupun pelajar mempunyai gaya kognitif yang berbeza. Namun, modul tersebut tidak memberi kesan menggalakkan yang signifikan dalam jangkaan pelajar terhadap mata pelajaran Fizik. Implikasinya, modul yang dibina menggunakan perisian sumber percuma ini boleh digunakan sebagai persediaan awal sebelum proses pembelajaran dan pemudah cara (PdPc) dijalankan bagi topik Cahaya mata pelajaran Fizik dan ianya juga sesuai digunakan sebagai bahan ulang kaji.