Keberkesanan kaedah pembelajaran teradun dalam cerpen (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah pembelajaran teradun terhadap pencapaian, minat, pembelajaran kendiri dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar terhadap pengajaran cerpen. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimental telah digunakan dalam kajian...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Hani Harliza Ghazali
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4205
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah pembelajaran teradun terhadap pencapaian, minat, pembelajaran kendiri dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar terhadap pengajaran cerpen. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimental telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan kelompok melibatkan 80 orang pelajar tingkatan lima aliran sains dan kemanusiaan yang dipilih secara rawak berpasangan di sebuah sekolah di daerah zon Bangsar Kuala Lumpur. Subjek kajian terdiri daripada 40 orang pelajar kumpulan rawatan dan 40 orang pelajar kumpulan kawalan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian pra, ujian pasca dan juga soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan ujian-t untuk melihat kesignifikan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan signifikan terhadap pencapaian, minat, pembelajaran kendiri dan KBAT pelajar dalam kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan. Kesimpulannya, kaedah pembelajaran teradun telah meningkatkan pencapaian, minat, pembelajaran kendiri dan KBAT pelajar terhadap cerpen. Implikasi kajian ialah pembelajaran secara teradun dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran cerpen bersesuaian dengan kurikulum masa depan bagi menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran abad ke-21.