Analisis pengetahuan, nilai motivasi dan amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan bakal guru Sains (IR)

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan, nilai, motivasi dan amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan bakal guru sains. Kajian juga ingin mengkaji hubungan antara pengetahuan, nilai dan motivasi dengan amalan kelestarian alam sekitar. Seterusnya, peramal utama kepada amalan keles...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor'Aqilah Ali
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4209
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan, nilai, motivasi dan amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan bakal guru sains. Kajian juga ingin mengkaji hubungan antara pengetahuan, nilai dan motivasi dengan amalan kelestarian alam sekitar. Seterusnya, peramal utama kepada amalan kelestarian alam sekitar ditentukan. Kajian kuantitatif ini menggunakan rekabentuk kajian tinjauan dengan sampel kajian 222 orang bakal guru daripada sebuah universiti awam yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Pengumpulan data dilakukan menggunakan instrumen kajian yang mengandungi ujian pengetahuan kelestarian alam sekitar dan soal selidik berskala Likert lima mata bagi konstruk nilai alam sekitar, motivasi alam sekitar dan amalan kelestarian alam sekitar. Analisis deskriptif dan inferensi digunakan bagi menjawab semua soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan tahap amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan bakal guru sains adalah sederhana. Bakal guru sains didapati cenderung ke arah nilai alam sekitar ekosentrik dan memiliki motivasi ekstrinsik terhadap alam sekitar. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan amalan kelestarian alam sekitar. Motivasi dan nilai alam sekitar merupakan dua penyumbang yang signifikan terhadap amalan kelestarian alam sekitar dengan motivasi alam sekitar menjadi peramal utama. Kesimpulannya, bakal guru sains kurang pengetahuan tentang konsep kelestarian alam sekitar berbanding pengetahuan alam sekitar tradisional tetapi memiliki nilai yang mengutamakan alam semula jadi. Implikasinya, pemerkasaan pendidikan kelestarian alam sekitar dalam program pendidikan guru perlu dipertingkatkan seiring dengan pemupukan nilai dan motivasi alam sekitar.