Kompetensi murid Pendidikan Moral tingkatan empat di daerah Dalat, Sarawak (IR)

Kajian ini bertujuan untuk meneliti kompetensi moral murid tingkatan empat di daerah Dalat, Sarawak untuk menangani isu tingkah laku moral. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan untuk menjawab empat persoalan kajian dan empat hipotesis. Instrumen Moral Competency Inventory (...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Edward Batin Wil
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4453
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk meneliti kompetensi moral murid tingkatan empat di daerah Dalat, Sarawak untuk menangani isu tingkah laku moral. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan untuk menjawab empat persoalan kajian dan empat hipotesis. Instrumen Moral Competency Inventory (MCI) yang diubahsuai telah digunakan untuk mengukur komponen Pengetahuan Moral, Pertimbangan Moral, Emosi Moral dan Perlakuan Moral. Seramai 199 orang murid iaitu 81 lelaki dan 118 perempuan dipilih secara rawak berlapis untuk dijadikan responden. Analisis statistik Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi moral dengan jantina dan aliran tingkatan. Hasil keputusan ANOVA sehala juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi moral dengan tahap pendidikan dan sektor pekerjaan ibu bapa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, murid tingkatan empat daerah Dalat, mempunyai kompetensi moral yang tinggi dan aspek pengetahuan, penaakulan, perasaan dan perlakuan menyumbang kepada kompetensi moral. Implikasi kajian menunjukkan, kompetensi moral yang tinggi dijangka dapat membentuk tingkah laku moral murid sekolah menengah. Kajian yang lebih mendalam dan meluas perlu dilaksanakan untuk menilai kesan kompetensi moral terhadap amalan moral murid sekolah menengah.