Kecenderungan tingkah laku seks berisiko remaja remaja dengan komunikasi seksualiti dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya, efikasi dan estim kendiri (IR)

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji kecenderungan tingkah laku seks berisiko dalam kalangan remaja dan hubungannya dengan komunikasi seksualiti dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya, efikasi dan estim kendiri. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti faktor peramal terbaik bagi kecen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Anuar Che Abdullah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4505
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji kecenderungan tingkah laku seks berisiko dalam kalangan remaja dan hubungannya dengan komunikasi seksualiti dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya, efikasi dan estim kendiri. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti faktor peramal terbaik bagi kecenderungan tingkah laku tersebut. Kaedah tinjauan dipilih sebagai reka bentuk kajian dan seramai 350 remaja dari daerah Batang Padang, Perak telah dipilih sebagai responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecenderungan tingkah laku seks berisiko remaja berada di tahap sederhana. Walau bagaimanapun, perbandingan jantina remaja menunjukkan kecenderungan tingkah laku seks berisiko lelaki adalah tinggi berbanding dengan perempuan dan dapatan menunjukkan perbezaannya adalah signifikan. Dapatan kajian juga menunjukkan kecenderungan tingkah laku seks berisiko remaja Kristian lebih tinggi berbanding dengan remaja Islam, Buddha dan Hindu dan perbezaannya juga adalah signifikan. Namun begitu, dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara remaja Melayu, Cina dan India. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kecenderungan tingkah laku seks berisiko remaja antara Status Sosioekonomi (SES) tinggi dibandingkan SES sederhana dan SES rendah. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kecenderungan tingkah laku seks berisiko dengan pengaruh rakan sebaya, efikasi kendiri, komunikasi seksualiti dalam keluarga dan estim kendiri. Analisis Regresi Berganda menunjukkan faktor peramal terbaik yang mempengaruhi kecenderungan tingkah laku seks berisiko remaja ialah pengaruh rakan sebaya diikuti faktor efikasi kendiri, komunikasi seksualiti dalam keluarga, estim kendiri, agama, jantina dan etnik. Impikasi kajian ini memberi gambaran bahawa pengaruh sebaya adalah faktor utama kepada kecenderungan tingkah laku seks berisiko remaja dan pelbagai pihak perlu memberi perhatian kepada faktor ini dalam usaha untuk menangani masalah sosial ini.