Analisis metafora dalam Sampi Iban (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis unsur yang membentuk bahasa kiasan metafora dalam struktur sampi. Berasaskan pendekatan secara kualitatif, kaedah deskriptif digunakan untuk mengkaji dua buah mantera perhumaan (sampi umai) yang diambil dari buku Sampi Enggau Biau. Analisis kandungan digunakan...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Saripah Banseng
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2016
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4675
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis unsur yang membentuk bahasa kiasan metafora dalam struktur sampi. Berasaskan pendekatan secara kualitatif, kaedah deskriptif digunakan untuk mengkaji dua buah mantera perhumaan (sampi umai) yang diambil dari buku Sampi Enggau Biau. Analisis kandungan digunakan untuk menerangkan pembinaan struktur dan bahasa kiasan metafora dalam sampi. Dapatan kajian menunjukkan lapisan bahasa yang terkandung dalam pendahuluan sampi ialah seruan permulaan, bertabik dan pengenalan diri. Lapisan bahasa yang terdapat dalam bahagian isi pula ialah tujuan, seruan, persembahan sajian (piring), suruhan dan dialog dengan Petara (Dewa-dewi). Pada bahagian penutup sampi terkandung lapisan bahasa doa restu manakala struktur sampi menggunakan ayat seruan, ayat penyata, ayat tanya dan ayat perintah. Unsur yang terdapat dalam bahasa kiasan metafora terdiri daripada unsur alam dan bukan alam. Unsur alam terdiri daripada unsur tumbuhan, haiwan dan manusia, manakala unsur bukan alam pula terdiri daripada bahan ciptaan manusia. Unsur-unsur ini digunakan untuk menyatakan warisan tradisi, merendahkan diri, persembahan sajian (piring), kehebatan perwira, kecantikan wanita dan hasil padi. Implikasi kajian ini mendapati lapisan bahasa berupaya menjadi landasan kepada pengamal melafazkan sampi tanpa bantuan pakar. Pengamal juga mampu mengenal pasti jenis ayat yang digunakan dalam mengucapkan kata-kata sampi berdasarkan lapisan bahasa tersebut. Penggunaan unsur alam dan bukan alam dalam bahasa kiasan metafora menambahkan pengetahuan pengamal tentang kemahiran berbahasa.