Penilaian program tahfiz Ulul Albab di Maktab Rendah Sains Mara (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menilai program tahfiz di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berdasarkan perspektif pelajar, amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta perlaksanaan Modul Quranik. Pembinaan kerangka konseptual adalah berdasarkan adaptasi model CIPP yang menggunakan keempat-empat dim...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mardhiah Yahaya
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4677
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai program tahfiz di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berdasarkan perspektif pelajar, amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta perlaksanaan Modul Quranik. Pembinaan kerangka konseptual adalah berdasarkan adaptasi model CIPP yang menggunakan keempat-empat dimensi iaitu konteks, input, proses dan produk. Kajian ini juga menilai hubungan antara pencapaian pelajar dengan tahap perlaksanaan Modul Quranik. Kajian deskriptif ini menggunakan pendekatakan kuantitatif sebagai data utama dan kualitatif sebagai data sokongan. Pemilihan subjek kajian melibatkan seramai 233 orang pelajar yang telah tamat pengajian dan 62 orang guru hafazan di MRSM Ulul Albab. Tiga jenis instrumen kajian digunakan iaitu soal selidik, temu bual dan analisis dokumen. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for the Sosial Scienes 20.0 (SPSS 20.0). Analisis deskriptif menjelaskan penilaian terhadap Program Ulul Albab manakala statistik inferensi pula melibatkan ujian kolerasi Pearson yang mencari hubungan antara pemboleh ubah kajian. Manakala data sokongan dianalisis melalui rakaman suara dan ditranskripsi mengikut tema. Hasil kajian menunjukkan bahawa perlaksanaan program tahfiz di MRSM Ulul Albab belum memenuhi matlamat dan objektif yang sedia ada. Masih terdapat ramai pelajar yang tidak berjaya khatam sehingga tamat tempoh pengajian. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran guru perlu ditingkatkan agar proses di dalam kelas lebih menarik dan berkesan. Selain itu juga, Modul Quranik perlu diselaraskan penggunaannya agar tidak timbul kekeliruan yang bukan sahaja dalam kalangan pelajar bahkan guru iaitu berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang lemah antara pencapaian pelajar dengan tahap perlaksanaan Modul Quranik di MRSM Ulul Albab. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan program tahfiz ini masih berada dalam tahap sederhana. Ia harus diberi tumpuan penambahbaikkan dan perlaksanaan yang lebih serius agar dapat melahirkan para huffaz yang berkualiti tinggi demi memenuhi keperluan dan peranannya dalam masyarakat dan Negara.