Kesan modul kelompok pengurusan tekanan 5R terhadap pengurusan tekanan mahasiswa (IR)

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan Modul Kelompok Pengurusan Tekanan 5R terhadap pengurusan tekanan dalam kalangan mahasiswa. Objektif kajian adalah untuk mengukur kesan Modul Kelompok Pengurusan Tekanan 5R yang dibangunkan berdasarkan Teori Kognitif Tingkah Laku dan Model Pengurusan Te...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohd Shahril Khasin
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4684
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan Modul Kelompok Pengurusan Tekanan 5R terhadap pengurusan tekanan dalam kalangan mahasiswa. Objektif kajian adalah untuk mengukur kesan Modul Kelompok Pengurusan Tekanan 5R yang dibangunkan berdasarkan Teori Kognitif Tingkah Laku dan Model Pengurusan Tekanan 5R terhadap pengurusan tekanan dalam kalangan mahasiswa. Kesan modul ini diukur dengan cara membandingkan skor min praujian dan pascaujian pengurusan tekanan antara kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan berdasarkan (a) keseluruhan pengurusan tekanan, (b) submodul rethink (berfikir semula), (c) submodul reduce (mengurangkan), (d) submodul reorganize (menyusunsemula), (e) submodul relax (bertenang), dan (f) submodul release (melepaskan). Kajian ini merupakan kajian kuasi eksperimen dengan dua kumpulan: (a) kumpulan rawatan yang merupakan kumpulan yang diberi Modul Kelompok Pengurusan Tekanan 5R dan (b) kumpulan kawalan yang merupakan kumpulan yang tidak diberi Modul Kelompok Pengurusan Tekanan 5R. Data pengurusan tekanan pula dikumpul berdasarkan praujian dan pascaujian, dan data dianalisis menggunakan Ujian-t Bebas dan Ujian-t Berpasangan. Seramai 40 orang mahasiswa telah dipilih sebagai subjek kajian berdasarkan persampelan rawak. Mereka telah dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu 20 orang mahasiswa dalam kumpulan rawatan dan 20 orang mahasiswa dalam kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan skor min pascaujian yang signifikan antara kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan berdasarkan (a) keseluruhan pengurusan tekanan [t(38)=7.993; p<0.05], (b) submodul rethink [t(38)=6.760; p<0.05], (c) submodul reduce [t(38)=6.427; p<0.05], (d) submodul reorganize [t(38)=8.401; p<0.05], (e) submodul relax [t(38)=8.453; p<0.05], dan (f) submodul release [t(38)=6.692; p<0.05]. Oleh itu, Modul Kelompok Pengurusan Tekanan 5R memberi kesan positif terhadap pengurusan tekanan mahasiswa yang diberi intervensi ini. Implikasinya, Modul Kelompok Pengurusan Tekanan 5R boleh dijadikan modul bimbingan kelompok alternatif untuk meningkatkan pengurusan tekanan dalam kalangan mahasiswa.