Aplikasi pembelajaran berasaskan projek bidang seni digital: kajian kes di lima buah institusi pengajian tinggi di Malaysia (IR)

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemahaman pensyarah terhadap Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dan aplikasinya dalam pengajian seni digital di institusi pengajian tinggi (IPT). Persepsi pelajar-pelajar yang terlibat diambil kira untuk melihat kesan PBP kepada para pelajar. Kajian in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ida Puteri Mahsan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4687
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemahaman pensyarah terhadap Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dan aplikasinya dalam pengajian seni digital di institusi pengajian tinggi (IPT). Persepsi pelajar-pelajar yang terlibat diambil kira untuk melihat kesan PBP kepada para pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kualitatif. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul maklumat adalah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kebolehpercayaan data dilakukan melalui triangulasi dan penilaian tiga orang pakar. Informan kajian adalah terdiri daripada lima orang pensyarah daripada lima buah IPT di semenanjung Malaysia yang menjadi tenaga pengajar dalam bidang seni grafik, multimedia dan animasi serta sepuluh orang pelajar daripada IPT yang sama. Dapatan kajian menunjukkan pemahaman pensyarah terhadap PBP merujuk kepada tugasan berorientasikan produk, asas kemahiran, pembelajaran bersepadu, dan pembelajaran autentik. Manakala aplikasi PBP dilihat daripada aspek rancangan tugasan, proses perkembangan idea, sesi kritikan, konsultansi, pembentangan dan pameran seni. Dapatan juga menunjukkan penekanan PBP terhadap pembelajaran yang berorientasikan industri dapat membentuk pelajar-pelajar yang inovatif dan produktf. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan konsep PBP mampu dijadikan sebagai salah satu pendekatan alternatif dalam pembelajaran dan pengajaran bagi membina modal insan pada abad ke-21 ini.