Penggunaan kelas berbalik (Flipped Classroom) dalam perkembangan dimensi moral guru praperkhidmatan opsyen pendidikan moral (IR)

Kajian ini bertujuan untuk meneroka potensi Kelas Berbalik (Flipped Classroom) dalam memperkembangkan dimensi moral guru praperkhidmatan (GPP) opsyen Pendidikan Moral di institut pendidikan guru. Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan. Model kaji...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shasitharan Raman Kutty
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4699
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneroka potensi Kelas Berbalik (Flipped Classroom) dalam memperkembangkan dimensi moral guru praperkhidmatan (GPP) opsyen Pendidikan Moral di institut pendidikan guru. Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan. Model kajian tindakan Zuber- Skerritt digunakan untuk mengkaji keupayaan kaedah Kelas Berbalik (KB) dalam mengembangkan aspek pemikiran, emosi dan amalan moral GPP opsyen Pendidikan Moral. Seramai 18 orang peserta kajian telah dipilih dari institut pendidikan guru untuk tujuan pengumpulan data. Data dikumpul dengan menggunakan teknik temu bual kumpulan berfokus, pemerhatian, catatan jurnal, rakaman video dan data dianalisis menggunakan kaedah analisis tema Braun dan Clarke. GPP terlibat dalam aktiviti prapengajaran, sesi interaksi bersemuka dan aktiviti pasca pengajaran dalam tiga gelung kajian tindakan. Dapatan kajian dalam Gelung 1 menunjukkan perkembangan tiga unsur pemikiran iaitu pemikiran moral yang rasional, penelitian dalam membuat keputusan moral dan justifikasi terhadap tindakan yang diambil. Dapatan kajian dalam Gelung 2 pula menunjukkan KB dapat mencetuskan emosi kendiri GPP seperti emosi sedih, gembira, menyesal dan bangga selain membangkitkan perasaan seperti belas kasihan, perasaan empati, benci, malu dan kasih sayang. Manakala Gelung 3 menunjukkan amalan moral yang dikenal pasti adalah berupaya melaksanakan tugas, bekerja bersama-sama, bertolak-ansur, berketrampilan, berani, berdikari, saling- menolong, menepati masa, pekerti mulia dan rajin. Dapatan keseluruhan kajian dalam Gelung 1, 2 dan 3 merumuskan teknik KB dapat mengembangkan aspek pemikiran, emosi dan amalan moral GPP institut pendidikan guru. Kajian ini mempunyai implikasi penting terhadap pedagogi Pendidikan Moral iaitu sumbangannya terhadap budaya instruksional dan amalan pengajaran pemudahcaraan Pendidikan Moral dalam struktur kurikulum di IPG.