Kesan pembelajaran koperatif Teams-Games-Tournament (TGT) terhadap pencapaian murid tahun 4 dalam mengimprovisasi idea muzik (IR)
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan kaedah pembelajaran koperatif Teams-Games-Tournament (TGT) terhadap pencapaian murid dalam mengimprovisasi idea muzik berbanding kaedah tradisional. Reka bentuk kuasi- eksperimen ujian pra pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang (Pre Test-Post Test,...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4701 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan kaedah pembelajaran koperatif Teams-Games-Tournament (TGT) terhadap pencapaian murid dalam mengimprovisasi idea muzik berbanding kaedah tradisional. Reka bentuk kuasi- eksperimen ujian pra pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang (Pre Test-Post Test, Non-equivalent Control Group Design) digunakan dalam kajian ini. Responden terdiri daripada 54 orang murid tahun 4 Dedikasi dan 4 Cemerlang SK Pengkalan. Kedua- dua kumpulan diberikan ujian pra untuk menguji kemahiran dan melihat sama ada kumpulan tersebut memperoleh keputusan setara atau tidak. Selepas melalui tiga sesi pembelajaran, kedua-dua kumpulan telah diberi ujian pos untuk melihat kesan kaedah pembelajaran yang digunakan. Kumpulan eksperimen diberi rawatan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif TGT manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah tradisional. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang siginifikan antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan terhadap min skor ujian pra dan pos. Ujian T adalah signifikan t (52) = 7.238, p < .000. Ini membuktikan bahawa kaedah pembelajaran koperatif TGT dapat meningkatkan pencapaian murid dalam mengimprovisasi idea muzik. Di samping itu, hasil kajian ini memberi implikasi ke atas gaya pembelajaran murid dan telah menyumbang kepada bidang Pendidikan Muzik dengan menemukan kaedah pengajaran muzik yang berasaskan pembelajaran koperatif TGT. |
---|