Penerokaan kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak prasekolah menerusi pendekatan projek (IR)

Sifat ingin tahu kanak-kanak merupakan asas kepada penerokaan, penemuan, pembentukan pengetahuan dan konsep sains tentang dunia di sekeliling mereka. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak menerusi Pendekatan Projek. Kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Ashikin Mohd Yusop
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4703
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id oai:ir.upsi.edu.my:4703
record_format uketd_dc
spelling oai:ir.upsi.edu.my:47032020-02-27 Penerokaan kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak prasekolah menerusi pendekatan projek (IR) 2019 Noor Ashikin Mohd Yusop BF Psychology Sifat ingin tahu kanak-kanak merupakan asas kepada penerokaan, penemuan, pembentukan pengetahuan dan konsep sains tentang dunia di sekeliling mereka. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak menerusi Pendekatan Projek. Kajian ini dijalankan di sebuah tadika dan melibatkan dua orang pendidik berserta dua kumpulan fokus yang terdiri daripada l5 orang kanak-kanak. Kajian kes ini melibatkan empat projek iaitu Stomata, Darah, Sabun dan Rama-rama. Data kajian ini diperoleh menerusi hasil triangulasi di antara beberapa sumber data daripada pemerhatian, dokumen, temu bual tidak berstruktur dan separa berstruktur. Hasil kajian mendapati kerangka alternatif kanak-kanak tentang Alam Kehidupan adalah berkaitan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma. Seterusnya, terdapat lima faktor yang mempengaruhi kerangka alternatif kanak-kanak iaitu imaginasi, bahasa harian, ciri-ciri animisme, pandangan berpusatkan diri dan berfokus kepada satu ciri. Soalan, lembaran aktiviti, ramalan, web kanak-kanak dan lakaran pula didapati digunakan oleh pendidik untuk mengenal pasti kerangka alternatif kanak-kanak. Untuk mengubah kerangka alternatif kanak-kanak, strategi yang digunakan oleh pendidik termasuk aktiviti penyiasatan, menonton tayangan video, bertemu pakar dan kerja lapangan. Dapatan daripada pelbagai sumber data mendapati elemen-elemen pelaksanaan penyiasatan secara inisiatif kendiri kanak- kanak dapat ditonjolkan menerusi soalan kanak-kanak, pemilihan bahan dan alat radas, tatacara pelaksanaan penyiasatan serta pembangunan projek. Menerusi aktiviti penyiasatan yang dikendalikan oleh kanak-kanak, penguasaan kemahiran proses sains asas yang paling dominan ialah memerhati diikuti dengan membuat ramalan sepanjang aktiviti projek. Di samping itu, kemahiran proses sains bersepadu seperti membina hipotesis dan mengeksperimen turut dikuasai oleh kanak-kanak. Berdasarkan dapatan kajian ini, sebuah Kerangka Penglibatan dalam Pendekatan Projek telah dibina sebagai panduan untuk menjelaskan hubungan kerjasama di antara kanak-kanak, pendidik dan komuniti dalam menjayakan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara inisiatif kendiri kanak-kanak. Hasil kajian ini juga memberi implikasi terhadap transformasi dalam amalan pembelajaran secara inisiatif kendiri kanak-kanak bermula dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak. 2019 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4703 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4703 text zsm closedAccess Doctoral Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Pembangunan Manusia N/A
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
collection UPSI Digital Repository
language zsm
topic BF Psychology
spellingShingle BF Psychology
Noor Ashikin Mohd Yusop
Penerokaan kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak prasekolah menerusi pendekatan projek (IR)
description Sifat ingin tahu kanak-kanak merupakan asas kepada penerokaan, penemuan, pembentukan pengetahuan dan konsep sains tentang dunia di sekeliling mereka. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak menerusi Pendekatan Projek. Kajian ini dijalankan di sebuah tadika dan melibatkan dua orang pendidik berserta dua kumpulan fokus yang terdiri daripada l5 orang kanak-kanak. Kajian kes ini melibatkan empat projek iaitu Stomata, Darah, Sabun dan Rama-rama. Data kajian ini diperoleh menerusi hasil triangulasi di antara beberapa sumber data daripada pemerhatian, dokumen, temu bual tidak berstruktur dan separa berstruktur. Hasil kajian mendapati kerangka alternatif kanak-kanak tentang Alam Kehidupan adalah berkaitan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma. Seterusnya, terdapat lima faktor yang mempengaruhi kerangka alternatif kanak-kanak iaitu imaginasi, bahasa harian, ciri-ciri animisme, pandangan berpusatkan diri dan berfokus kepada satu ciri. Soalan, lembaran aktiviti, ramalan, web kanak-kanak dan lakaran pula didapati digunakan oleh pendidik untuk mengenal pasti kerangka alternatif kanak-kanak. Untuk mengubah kerangka alternatif kanak-kanak, strategi yang digunakan oleh pendidik termasuk aktiviti penyiasatan, menonton tayangan video, bertemu pakar dan kerja lapangan. Dapatan daripada pelbagai sumber data mendapati elemen-elemen pelaksanaan penyiasatan secara inisiatif kendiri kanak- kanak dapat ditonjolkan menerusi soalan kanak-kanak, pemilihan bahan dan alat radas, tatacara pelaksanaan penyiasatan serta pembangunan projek. Menerusi aktiviti penyiasatan yang dikendalikan oleh kanak-kanak, penguasaan kemahiran proses sains asas yang paling dominan ialah memerhati diikuti dengan membuat ramalan sepanjang aktiviti projek. Di samping itu, kemahiran proses sains bersepadu seperti membina hipotesis dan mengeksperimen turut dikuasai oleh kanak-kanak. Berdasarkan dapatan kajian ini, sebuah Kerangka Penglibatan dalam Pendekatan Projek telah dibina sebagai panduan untuk menjelaskan hubungan kerjasama di antara kanak-kanak, pendidik dan komuniti dalam menjayakan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara inisiatif kendiri kanak-kanak. Hasil kajian ini juga memberi implikasi terhadap transformasi dalam amalan pembelajaran secara inisiatif kendiri kanak-kanak bermula dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak.
format thesis
qualification_name
qualification_level Doctorate
author Noor Ashikin Mohd Yusop
author_facet Noor Ashikin Mohd Yusop
author_sort Noor Ashikin Mohd Yusop
title Penerokaan kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak prasekolah menerusi pendekatan projek (IR)
title_short Penerokaan kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak prasekolah menerusi pendekatan projek (IR)
title_full Penerokaan kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak prasekolah menerusi pendekatan projek (IR)
title_fullStr Penerokaan kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak prasekolah menerusi pendekatan projek (IR)
title_full_unstemmed Penerokaan kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak prasekolah menerusi pendekatan projek (IR)
title_sort penerokaan kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak prasekolah menerusi pendekatan projek (ir)
granting_institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
granting_department Fakulti Pembangunan Manusia
publishDate 2019
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4703
_version_ 1747833136678436864