Kegiatan ekonomi masyarakat cina di Taiping, Perak 1900-1937 (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kegiatan ekonomi masyarakat Cina sepanjang tempoh yang dikenali sebagai zaman kemerosotan Taiping, iaitu pada tahun 1900 hingga 1937. Kemerosotan aktiviti perlombongan membawa perubahan besar kepada corak ekonomi masyarakat Cina di Taiping kerana mereka terlib...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Yong, Elaine Shu Han
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4739
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kegiatan ekonomi masyarakat Cina sepanjang tempoh yang dikenali sebagai zaman kemerosotan Taiping, iaitu pada tahun 1900 hingga 1937. Kemerosotan aktiviti perlombongan membawa perubahan besar kepada corak ekonomi masyarakat Cina di Taiping kerana mereka terlibat secara aktif dalam industri perlombongan sejak abad ke-19. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Dokumen, fail, laporan semasa pentadbiran British serta akhbar yang diterbitkan sepanjang tempoh kajian diteliti dengan tujuan untuk memahami dan menganalisis kegiatan ekonomi dan perubahan yang berlaku kepada kegiatan ekonomi masyarakat Cina di Taiping. Maklumat daripada sumber berkenaan memperlihatkan bahawa masyarakat Cina di Taiping melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai kegiatan ekonomi selain daripada aktiviti perlombongan seperti aktiviti pemiagaan, pertanian, perikanan, pentemakan dan perkhidmatan kerajaan. Walau bagaimanapun, industri perlombongan masih menjadi salah satu sumber pendapatan kepada masyarakat Cina walaupun kegiatan ekonomi tersebut mengalami kemerosotan pada awal abad ke-20. Ringkasnya, kemerosotan Taiping membeti kesan kepada kegiatan ekonomi masyarakat Cina di Taiping pada tahun 1900 hingga 1937.Pemahaman kepada perkembangan sejarah yang berlaku sepanjang tempoh kemerosotan ini kemelesatan ekonomi dunia yang memberi pengetahuan penting kepada generasi sekarang.