Kesan program kesejahteraan psikologi menggunakan kaedah bermain kepada kanak-kanak sekolah rendah (IR)

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan intervensi Program Kesejahteraan Psikologi menggunakan kaedah bermain ke atas Kesejahteraan Psikologi kanak- kanak sekolah rendah. Subjek terdiri daripada rnurid-murid berumur 11 tahun (N =123 ) di sebuah sekolah di negeri Selangor. Tujuan kajian ini a...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Norsayyidatina Che Rozubi
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4773
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan intervensi Program Kesejahteraan Psikologi menggunakan kaedah bermain ke atas Kesejahteraan Psikologi kanak- kanak sekolah rendah. Subjek terdiri daripada rnurid-murid berumur 11 tahun (N =123 ) di sebuah sekolah di negeri Selangor. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan program ke atas kesejahteraan psikolcgi, kepuasan hidup dan penghargaan kendiri di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan kanak- kanak sekolah rendah serta menentukan perbezaan peningkatan berdasarkan jantina antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Selain itu, kajian ini juga dilaksanakan untuk melihat hubungan di antara kesejahteraan psikologi, kepuasan hidup dan penghargaan kendiri. Kajian juga dilaksanakan untuk memastikan hasil intervensi program untuk kumpulan rawatan dapat dikekalkan. Dengan menggunakan reka bentuk kajian eksperimen sebenar, pemilihan subjek kajian dilakukan secara rawak dibahagikan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Instrumen Skala Kesejahteraan Psikologi, Skala Kepuasan Hidup dan Skala Penghargaan Kendiri digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan MANCOVA, Korelasi Pearson dan Pengukuran Berulang- MANOVA. Hasil kajian mendapati bahawa Intervensi Program Kesejahteraan Psikologi dapat meningkatkan kesejahteraan psikologi, kepuasan hidup dan penghargaan kendiri kanak- kanak sekolah rendah. Dari aspek kesan program, menunjukkan hasil yang sama antara kanak- kanak lelaki dan perempuan selepas program dilaksanakan. Kajian juga mendapati terdapat hubungan di antara kesejahteraan psikologi dengan penghargaan kendiri kanak- kanak sekolah rendah. Selain itu, program ini berjaya mengekalkan tahap kesejahteran psikologi, kepuasan hidup dan penghargaan kendiri kanak- kanak untuk jangka masa panjang