Pendidikan sains berasaskan inkuiri : analisis kefahaman guru pelatih program ijazah sarjana muda pendidikan sains terhadap elemen inkuiri

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman guru pelatih sains terhadapelemen Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri atau Inquiry Based Science Education (IBSE) sertamengkaji perbezaan kefahaman berdasarkan jantina, tahap pendidikan dan bidang pengkhususan gurupelatih. Reka bentuk kuantitatif de...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Norlela Sikas
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4809
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman guru pelatih sains terhadapelemen Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri atau Inquiry Based Science Education (IBSE) sertamengkaji perbezaan kefahaman berdasarkan jantina, tahap pendidikan dan bidang pengkhususan gurupelatih. Reka bentuk kuantitatif dengan pendekatan deskriptif secara tinjauan digunakan bagimenjawab persoalan dan menguji hipotesis dalam kajian ini. Pemilihan 365 orang responden kajianberdasarkan Krejcie dan Morgan adalah daripada kalangan guru pelatih aliran sains di semester enamdari Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Biologi, Kimia, Fizik dan Sains) dari tujuh buahuniversiti awam di Malaysia secara pensampelan rawak berstrata.Kesahan instrumen yang digunakandalam kajian ini adalah melalui Analisis Kesahan Kandungan (I-CVI) yang mengandungi 40 item yangmewakili tujuh elemen IBSE (Penyoalan, Penyiasatan Saintifik, Pengumpulan Data, Menganalisis Data,Penerangan dan Kesimpulan, Penghujahan Berasaskan Bukti, Komunikasi Saintifik). Analisis deskriptifdigunakan bagi melihat min, kekerapan, peratusan dan sisihan piawai manakala statistik inferensimenggunakan Ujian-t sampel bebas dan ANOVA bagi menguji hipotesis nul. Hasil analisis Ujian-tmendapati terdapat perbezaan yang signifikan tentang kefahaman terhadap elemen IBSE antara gurupelatih lelaki dengan guru pelatih perempuan terhadap kesemua elemen IBSE (t=11.6 dan p=0.018).Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan kefahaman guru terhadap elemen IBSE adalah baik secarakeseluruhannya walau bagaimanapun kefahaman terhadap elemen Penyoalan adalah sederhana (min=3.58).Implikasi kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada pihak universiti dalam mengintegrasikanelemen IBSE berdasarkan keperluan untuk menyokong ke arah pemantapan pendidikan inkuirikepada bakal-bakal guru.