Pengetahuan dan kesediaan guru terhadap kemahiran berfikir aras tinggi bagi mata pelajaran sains di daerah Bentong
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengetahuan dan kesediaan guru terhadapKemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi mata pelajaran Sains. Reka bentuk tinjauan telahdigunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian dijalankan secara rawak melibatkan guru matapelajaran Sains dari 12 buah sekolah d...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4857 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengetahuan dan kesediaan guru terhadapKemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi mata pelajaran Sains. Reka bentuk tinjauan telahdigunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian dijalankan secara rawak melibatkan guru matapelajaran Sains dari 12 buah sekolah di daerah Bentong. Soal selidik mengandungi 3 bahagian, iaituprofil demografi responden, pengetahuan dan kesediaan responden tentang KBAT. Data dianalisissecara deskriptif menggunakan kekerapan, min, peratusan dan sisihan piawai bagi menjelaskan ketiga-tiga bahagian dalam soal selidik. Analisis deskriptif menjelaskan pengetahuan dan kesediaan guruSains terhadap KBAT, manakala statistik inferens pula melibatkan ujian-t, ujian ANOVA dan ujiankorelasi yang menerangkan perbezaan dan hubungan antara pemboleh ubah kajian. Hasil kajianmenunjukkan bahawa responden kajian mempunyai pengetahuan (M=2.44, SP=0.501) dan kesediaan (M=2.36,SP=0.483) yang sederhana terhadap KBAT. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yangsignifikan antara kesediaan KBAT dengan jantina (t=2.162, p0.05) guru-guru Sains. Bagipengetahuan KBAT, didapati jantina (t=1.486, p>0.05) dan pengalaman mengajar (F=2.176, p>0.05)tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat hubungansignifikan antara pengetahuan KBAT dengan pengalaman mengajar (r=0.242, p=0.065) dan kesediaan KBATdengan pengalaman mengajar (r=0.171, p=0.194). Kesimpulannya, pengetahuan dan kesediaan KBAT gurumata pelajaran Sains adalah sederhana. Implikasi daripada kajian ini dapat dijadikan sebagai garispanduan kepada guru supaya dapat merangka sesi latihan yang berkesan agar pengetahuan dan kesediaanguru terhadap KBAT dapat ditingkatkan serta dapat membantu guru mengaplikasikanpengetahuan mereka dalam sesi pengajaran dan pemudah cara di bilik darjah. |
---|