Penggunaan model konstruktivisme lima fasa Needham dalam pengajaran kemahiran penulisan cerpen bahasa Tamil

Kajian tindakan ini bertujuan menggunakan Model Konstruktivisme Lima FasaNeedham (MK5FN) dalam pengajaran kemahiran penulisan cerpen Bahasa Tamil. Selain itu, pengalamanpelajar semasa menyertai pembelajaran berasaskan MK5FN dan kemahiran pedagogi yang diamalkansepanjang kajian ini juga turut dikaji....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Malathy Sukumarian
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4880
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian tindakan ini bertujuan menggunakan Model Konstruktivisme Lima FasaNeedham (MK5FN) dalam pengajaran kemahiran penulisan cerpen Bahasa Tamil. Selain itu, pengalamanpelajar semasa menyertai pembelajaran berasaskan MK5FN dan kemahiran pedagogi yang diamalkansepanjang kajian ini juga turut dikaji. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedahkualitatif. Seramai 18 orang pelajar Tingkatan Empat dan seorang guru bahasa Tamil yang bertindaksebagai guru pemerhati terlibat dalam kajian ini. Peserta-peserta kajian ini dipilih dengan kaedahpersampelan bertujuan dari sebuah sekolah menengah di daerah Kuala Kangsar, Perak. Data kajian inidikumpul dengan kaedah temu bual pelajar dan guru; analisis cerpen yang dihasilkan oleh pesertakajian dan pemerhatian yang dilakukan terhadap reaksi pelajar dan amalan pedagogi sepanjang empatsesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan kemahiran menulis cerpen meningkat dalamkalangan peserta kajian berikutan peningkatan dalam penguasaan 10 ciri asas cerpen yang diuji.Ciri- ciri tersebut adalah plot, teknik plot, watak, perwatakan, latar, perbendaharaan kata,struktur ayat dan perenggan, gaya bahasa, tatabahasa dan tanda bacaan. Data temu bual separaberstruktur dan pemerhatian terhadap reaksi pelajar menunjukkan sepanjang sesi pengajaranberdasarkan MK5FN peserta kajiaan melalui pelbagai pengalaman yang menggalakkan pembelajaran.Antaranya pencetusan minda, merespon secara sukarela, perkongsian idea, amalan nilai-nilai sosial,pembinaan idea baru dan penilaian kendiri. Kajian mengenai kemahiran pedagogi yang diamalkan pulamenunjukkan bahawa kemahiran-kemahiran seperti penggunaan rangsangan, pembelajaran koperatif,membimbing pelajar sebagai fasilitator, menggalakkan daya usaha autonomi pelajar, menggalakkankemahiran berfikir, penggunaan bahan bantu mengajar yang efektif dan amalan refleksi dipraktikkansecara meluas. Kemahiran- kemahiran pedagogi yang disarankan dalam MK5FN terbukti keberkesanannyaapabila diamalkan dengan teliti. Implikasi daripada kajian ini ialah MK5FN telah membantu pelajarmenguasai kemahiran menulis cerpen bahasa Tamil di samping meningkatkan minat mereka untuk menuliscerpen. Berdasarkan dapatan kajian ini, kajian lanjutan lain juga boleh dijalankan denganmenggunakan MK5FN sebagai model alternatif dalam pengajaran kemahiran menulis cerpen dalam pelbagaibahasa.