Amalan kepimpinan guru besar sekolah rendah akreditasi C di daerah Paser Indonesia

Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan mendalami tentang amalan kepimpinan gurubesar sekolah rendah akreditasi C di daerah Paser, Indonesia. Kajian kualitatif inimenggunakan reka bentuk kajian kes. Pemilihan responden dijalankan secarapersampelan bertujuan melibatkan tiga orang guru besar sekolah r...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Rusydi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4884
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan mendalami tentang amalan kepimpinan gurubesar sekolah rendah akreditasi C di daerah Paser, Indonesia. Kajian kualitatif inimenggunakan reka bentuk kajian kes. Pemilihan responden dijalankan secarapersampelan bertujuan melibatkan tiga orang guru besar sekolah rendah di daerahPaser, Indonesia. Instrumen yang digunakan bagi mengumpul data ialah temu bual,pemerhatian, dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga gurubesar sebagai pemimpin sekolah dikesan mengamalkan sebahagian ciri-ciri yang telahdisarankan oleh teori kepimpinan instruksional dan strategi kepimpinan. Elemenelemenyang diamalkan oleh guru besar adalah merancang matlamat sekolah,menyebar matlamat sekolah, merancang pengurusan program pengajaran, menyeliadan menilai program pengajaran, memantau kemajuan murid, menilai pengurusanprogram pengajaran, merancang iklim sekolah yang positif, mengawal waktupengajaran, menggalakkan pembangunan profesional, mengekalkan ketampakan,menekankan kecemerlangan akademik, menyediakan insentif kepada murid, danmenilai iklim sekolah. Walau bagaimanapun pengkaji juga mendapati guru besarsekolah kajian tidak menjalankan amalan beberapa elemen iaitu penilaian matlamatsekolah, menyelaras kurikulum dan menyediakan insentif kepada guru. Guru besarjuga menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan amalan kepimpinan, masalahyang dihadapi antaranya berkaitan dengan permasalahan murid, guru, ibu bapa, sertakemudahan infrastruktur. Implikasi kajian ini mencadangkan ciri-ciri yangditunjukkan oleh ketiga-tiga guru besar di sekolah kajian boleh dijadikan rujukan olehpemimpin sekolah lain di Indonesia. Selain itu implikasi kajian juga mencadangkankementerian pendidikan untuk mengambil inisiatif berkenaan masalah yang dihadapiguru besar.