Kesan penggunaan aplikasi realiti augmentasi pembelajaran sains tahun empat terhadap pencapaian akademik, pemahaman dan tumpuan murid lembam sekolah rendah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan aplikasi realiti augmentasi terhadappencapaian akademik, pemahaman dan tumpuan dalam kalangan murid lembam yang mengikuti ProgramPendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran. Pendekatan kualitatif dengan reka bentukkajian kes digunakan bagi ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tengku Muhammad Faiz Tengku Hassan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5009
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan aplikasi realiti augmentasi terhadappencapaian akademik, pemahaman dan tumpuan dalam kalangan murid lembam yang mengikuti ProgramPendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran. Pendekatan kualitatif dengan reka bentukkajian kes digunakan bagi kajian ini. Dua orang guru sekolah rendah di daerah Kuala Terengganutelah dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Aplikasi realiti augmentasi dibangunkanmenggunakan teknologi markerless augmented reality berlandaskan metodologi pembangunan perisianinstruksi ADDIE. Aplikasi yang dikenali sebagai ARCard ini dibangunkan khusus untuk murid lembambagi pembelajaran topik Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup dalam Sains Tahun Empat. Kajian inimenggunakan kaedah temubual sebagai pemgumpulan data manakala analisis naratif digunakan sebagaiteknik analisis data. Dapatan kajian ini menunjukkan peningkatan pencapaian akademik melaluipenggunaan ARCard dan berjaya menjawab soalan perbandingan benda hidup dan benda bukan hidup denganbetul. Daripada aspek pemahaman, keputusan menunjukkan ARCard berjaya menggurangkan kadar kesilapanapabila menjawab soalan yang ditanyakan berkaitan animasi dan simulasi yang ada pada ARCard.Dapatan juga menunjukkan tumpuan murid lembam meningkat melalui penggunaan ARCard. Kesimpulan,penggunaan aplikasi realiti augmentasi bagi pembelajaran sains dapat meningkatkan pencapaianakademik, pemahaman dan tumpuan dalam kalangan murid lembam. Implikasi kajian menunjukkan teknologirealiti augmentasi boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi muridberkeperluan khas khususnya murid lembam.