Comparison of short term linear and non-linear strength training programs on muscle performance among male football players

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan program latihan kekuatan jangkapendek linear dan tidak linear terhadap prestasi otot di kalangan pemain bola sepak lelakiUniversiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Reka bentuk kajian ini adalah quasi-experimental keranakajian ini menekankan analisis per...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nabil Hazwan Muhamad Hasim
Format: thesis
Language:eng
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5010
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan program latihan kekuatan jangkapendek linear dan tidak linear terhadap prestasi otot di kalangan pemain bola sepak lelakiUniversiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Reka bentuk kajian ini adalah quasi-experimental keranakajian ini menekankan analisis perubahan min skor prestasi otot selepas empat minggu latihan lineardan tidak linear. Tiga puluh pemain bola sepak lelaki UTM Skudai yang berumur 18-23 tahun terlibatdalam kajian ini. Pembolehubah bebas dalam kajian ini adalah program linear (LST) dan tidak linear(NLST) dan pemboleh ubah bersandar adalah ujian kekuatan maksimum (1RM) bahagian atas badan, ujiankekuatan maksimum (1RM) bahagian bawah badan, 30 meter larian pecut, dan ukur lilit lengan danpeha. Kajian ini menggunakan ujian Paired Sample T untuk menganalisis ujian pra dan pasca untukpeserta di dalam kedua-dua kumpulan latihan dan Multivariate Analysis of Variances (MANOVA) untukmenganalisis perbezaan antara kumpulan selepas empat minggu latihan. Hasil kajian menunjukkanbahawa tidak terdapat perbezaan min yang ketara antara kumpulan linear dan tidak linear, F (5, 30)= 1.46, p = 0.239. Hasil kajian juga menunjukkan skor min kumpulan tidak linear adalah lebih tinggidaripada kumpulan linear untuk semua ujian yang dilakukan kecuali ukur lilit saiz peha. Secarastatistik terdapat perbezaan prestasi otot yang signifikan untuk kedua-dua kumpulan dari pra kepasca ujian dimana nilai p <0.05. Kedua-dua latihan boleh diaplikasikan sebagailatihan yang dapat meningkatkan prestasi otot dalam kalangan atlet.