Kemahiran komunikasi lisan Bahasa Melayu berasaskan peta minda dalam kalangan murid sekolah rendah

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kemahiran komunikasi lisan dalam pengajaran danpembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan penggunaan peta minda dalam kalangan murid Sekolah Rendah.Kemahiran komunikasi lisan adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan dan tahappenguasaan kemahiran kuriku...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chek Norila Mohamad Zain
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5034
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti kemahiran komunikasi lisan dalam pengajaran danpembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan penggunaan peta minda dalam kalangan murid Sekolah Rendah.Kemahiran komunikasi lisan adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan dan tahappenguasaan kemahiran kurikulum. Kajian ini menilai tentang keberkesanan, teknik dan kebolehan muridterhadap kemahiran komunikasi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkanpenggunaan peta minda. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes telah digunakan dalamkajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan bertujuan yang melibatkan temubual terhadap enam orang guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah dalam daerah Hulu Selangor. Subjekkajian juga terdiri daripada 30 orang murid Tahun Lima yang terlibat dalam pemerhatian semasapengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dijalankan. Borang senarai semak digunakan semasapemerhatian dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan penggunaan peta minda. Data dianalisisdengan menggunakan analisis transkrip bagi menjelaskan secara terperinci tema-tema yang wujud.Tema-tema ini dikod bagi menjelaskan pencapaian murid terhadap kemahiran komunikasi lisan. Hasilkajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kemahiran komunikasi lisan dalam pengajaran danpembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan penggunaan peta minda. Dapatan kajian juga menunjukkan tahappenguasaan kemahiran komunikasi lisan murid telah berubah daripada band 4 kepada band 5. Kesimpulandaripada kajian menunjukkan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayutelah meningkatkan tahap penguasaan kemahiran komunikasi lisan dalam kalangan murid sekolah rendah.Impikasi kajian menunjukkan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayudapat meningkatkan keberkesananpengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.