Aplikasi pengurusan kemudahan dalam pengurusan ruang kilang kerja blok sistem binaan berindustri

Tujuan kajian ini adalah mengenal pasti aplikasi kriteria pengurusan kemudahan bagipengurusan ruang susun atur bagi kilang pengeluar blok dan mencadangkanpenambahbaikan susun atur bagi mengoptimumkan penggunaan ruang kilangpengeluar blok di Ulu Behrang, Perak berdasarkan kriteria pengurusan kemudaha...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Farul Afendi Bahari
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2018
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5037
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Tujuan kajian ini adalah mengenal pasti aplikasi kriteria pengurusan kemudahan bagipengurusan ruang susun atur bagi kilang pengeluar blok dan mencadangkanpenambahbaikan susun atur bagi mengoptimumkan penggunaan ruang kilangpengeluar blok di Ulu Behrang, Perak berdasarkan kriteria pengurusan kemudahan.Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif pelbagai kajian kes dengan membuatperbandingan tiga kajian kes dan melibatkan seramai tiga orang pengeluar sistemkerja blok bagi sesi temu bual serta pemerhatian iaitu lawatan ke tapak kilangpengeluar kerja blok Sistem Binaan Berindustri (IBS). Dapatan kajian dibincangkanmelalui perbincangan kumpulan fokus yang melibatkan dua orang ahli akademik, duaorang pembuat polisi dan 10 orang pengilang yang mempunyai pengalaman dalambidang kerja blok. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan terdapat dua kriteriapengurusan kemudahan bagi pengurusan ruang iaitu proses dan tempat sebagai faktorbagi menghasilkan sebuah reka bentuk kilang yang baik bagi membina sesebuahkilang blok. Faktor ini menekankan kepentingan dalam membina pelan susn aturkilang bagi pengeluar sistem kerja blok. Kesimpulan daripada kajian menunjukkankriteria pengurusan kemudahan dalam kilang perlu diteliti sebagai nilai tambah bagimengoptimumkan penggunaan ruang dalam kilang. Implikasi kajian menunjukkanbahawa kriteria pengurusan kemudahan merupakan asas bagi pembinaan susun aturkilang yang perlu difahami bagi membantu pengilang membina sebuah kilang yangbaik daripada aspek susun atur dan pengurusan ruang kilang.