Hubungan kepimpinan distributif guru besar wanita dengan komitmen guru di sekolah-sekolah wilayah Keramat Kuala Lumpur

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan kepimpinan distributif guru besar wanita dengankomitmen guru di sekolah-sekolah rendah Wilayah Keramat, Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakaninstrumen Distributed Leadership Inventory (DLI) dan Organizational Commitment Questionnaire (OCQ).Kajian berbentuk tinja...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Nordiana Khalid
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2018
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5072
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan kepimpinan distributif guru besar wanita dengankomitmen guru di sekolah-sekolah rendah Wilayah Keramat, Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakaninstrumen Distributed Leadership Inventory (DLI) dan Organizational Commitment Questionnaire (OCQ).Kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik yang melibatkan seramai301 orang guru daripada sembilan buah sekolah rendah yang telah dipilih. Data dianalisis denganmenggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferens. Dapatan kajian secara keseluruhanmenjelaskan hubungan amalan kepimpinan distributif guru besar wanita dan komitmen guru di WilayahKeramat adalah pada tahap lemah, r(301) = 0.340, p < 0.05. Kajian juga menunjukkan tidak terdapatperbezaan yang signifikan antara komitmen guru berdasarkan faktor jantina, t(301) = 1.693, p >0.05, umur, F(3, 301) = 0.793, p = 0.499 dan tahap pendidikan, F(3, 301) = 2.613, p = 0.051. Walaubagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan antara komitmen gurudengan pengalaman mengajar, F(4, 301) = 3.992, p = 0.004. Kesimpulan kajian ini menunjukkan amalankepimpinan distributif guru besar wanita mempunyai hubungan yang positif dengan komitmen guru.Implikasi kajian ini menunjukkan amalan kepimpinan distributif yang mantap dan berkesan oleh gurubesar wanita dapat meningkatkan komitmen guru disekolah.