Hubungan antara lembaga pengarah wanita, mekanisme urus tadbir dalaman dan kos agensi

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kehadiran lembaga pengarah wanita sertamekanisme tadbir urus korporat terhadap kos agensi yang memberi tumpuan kepada ciri-ciri ahlilembaga pengarah dan ciri-ciri jawatankuasa audit seperti saiz, ahli-ahli bebas, mesyuarat,pengetahuan tentang kewangan dan kualiti...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Farissha Alluwi
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2018
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5084
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kehadiran lembaga pengarah wanita sertamekanisme tadbir urus korporat terhadap kos agensi yang memberi tumpuan kepada ciri-ciri ahlilembaga pengarah dan ciri-ciri jawatankuasa audit seperti saiz, ahli-ahli bebas, mesyuarat,pengetahuan tentang kewangan dan kualiti. Kajian ini menggunakan sampel sebanyak 150 buah syarikatyang tersenarai di Bursa Malaysia pada tahun 2010 sehingga tahun 2013 bagi sektor perdagangan danperkhidmatan. Berdasarkan kajian-kajian lepas, kajian ini menggunakan dua proksi kos agensi iaitu,nisbah penggunaan aset (AUR) dan nisbah perbelanjaan (ER). Hasil kajian emprikal ini menunjukkanR-square bagi model AUR adalah0.067 dan 0.074 bagi model ER. Bagi model AUR, saiz lembaga pengarah (β =- 0.056, t =-1.857) , CEOdualiti (β =-0.032, t =-0.640), dan lembaga pengarah bebas (β =-0.123, t =-2.277) mempunyaihubungan negatif yang signifikan terhadap kos agensi. Manakala bagi model ER, keputusan menunjukkanlembaga pengarah wanita (β =-0.199, t =-6.852) ,saiz jawatankuasa audit (β =-0.098, t =- 2.129) dankualiti audit (β =-0.087, t =-2.093) mempunyai hubungan negatif yang signifikan terhadap kosagensi. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa, kehadiran lembaga pengarah wanita dan mekanisme urustadbir yang baik dapat mengurangkan kos agensi. Dapatan kajian adalah konsisten bagi kedua-duamodel. Tambahan itu, kajian ini memberi kesan kepada syarikat korporat dan pembuat dasar dengancara yang positif. Dengan adanya kajian ini, ia dapat membantu sesebuah syarikat dalammempraktikkan amalan-amalan tadbir urus korporat dengan baik dan menjadi rujukan dalam penubuhandasar-dasar syarikat atau dasar kewangan dalam mengurangkan kos agensi sesebuah syarikat.