Hubungan antara lembaga pengarah wanita, mekanisme urus tadbir dalaman dan kos agensi

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kehadiran lembaga pengarah wanita sertamekanisme tadbir urus korporat terhadap kos agensi yang memberi tumpuan kepada ciri-ciri ahlilembaga pengarah dan ciri-ciri jawatankuasa audit seperti saiz, ahli-ahli bebas, mesyuarat,pengetahuan tentang kewangan dan kualiti...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Farissha Alluwi
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2018
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5084
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kehadiran lembaga pengarah wanita sertamekanisme tadbir urus korporat terhadap kos agensi yang memberi tumpuan kepada ciri-ciri ahlilembaga pengarah dan ciri-ciri jawatankuasa audit seperti saiz, ahli-ahli bebas, mesyuarat,pengetahuan tentang kewangan dan kualiti. Kajian ini menggunakan sampel sebanyak 150 buah syarikatyang tersenarai di Bursa Malaysia pada tahun 2010 sehingga tahun 2013 bagi sektor perdagangan danperkhidmatan. Berdasarkan kajian-kajian lepas, kajian ini menggunakan dua proksi kos agensi iaitu,nisbah penggunaan aset (AUR) dan nisbah perbelanjaan (ER). Hasil kajian emprikal ini menunjukkanR-square bagi model AUR adalah0.067 dan 0.074 bagi model ER. Bagi model AUR, saiz lembaga pengarah (β =- 0.056, t =-1.857) , CEOdualiti (β =-0.032, t =-0.640), dan lembaga pengarah bebas (β =-0.123, t =-2.277) mempunyaihubungan negatif yang signifikan terhadap kos agensi. Manakala bagi model ER, keputusan menunjukkanlembaga pengarah wanita (β =-0.199, t =-6.852) ,saiz jawatankuasa audit (β =-0.098, t =- 2.129) dankualiti audit (β =-0.087, t =-2.093) mempunyai hubungan negatif yang signifikan terhadap kosagensi. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa, kehadiran lembaga pengarah wanita dan mekanisme urustadbir yang baik dapat mengurangkan kos agensi. Dapatan kajian adalah konsisten bagi kedua-duamodel. Tambahan itu, kajian ini memberi kesan kepada syarikat korporat dan pembuat dasar dengancara yang positif. Dengan adanya kajian ini, ia dapat membantu sesebuah syarikat dalammempraktikkan amalan-amalan tadbir urus korporat dengan baik dan menjadi rujukan dalam penubuhandasar-dasar syarikat atau dasar kewangan dalam mengurangkan kos agensi sesebuah syarikat.