Keberkesanan penggunaan komik terhadap pencapaian membaca murid pemulihan

Kajian ini dijalankan untuk melihat penggunaan komik terhadap kemahiran membacadalam kalangan murid pemulihan tahun 2 dan 3 untuk mata pelajaran BahasaMalaysia. Kajian tindakan ini telah dijalankan di dua buah sekolah di daerah Jempol(Negeri Sembilan) dan melibatkan lima belas orang responden. Objek...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ratna Mohd Razali
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5198
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan untuk melihat penggunaan komik terhadap kemahiran membacadalam kalangan murid pemulihan tahun 2 dan 3 untuk mata pelajaran BahasaMalaysia. Kajian tindakan ini telah dijalankan di dua buah sekolah di daerah Jempol(Negeri Sembilan) dan melibatkan lima belas orang responden. Objektif kajian iniialah untuk meningkatan penggunaan komik dalam program pemulihan bacaansebagai bahan bantu mengajar. Objektif kedua ialah menarik minat murid pemulihanuntuk membaca, dan ketiga ialah untuk memperbaiki kemahiran membaca dalamkalangan murid pemulihan.Pengkaji memilih penyelidikan kualitatif untukmelaksanakan kajian tindakan ini. Instrumen kajian terdiri daripada analisis dokumen(keputusan peperiksaan Linus), pemerhatian (penggunaan komik dalam pengajarandan pembelajaran), temubual (untuk mengetahui minat murid membaca komik) dansoal selidik (menggunakan skala Likert) Data dianalisis dengan menggunakan kaedahtriangulasi dan perisian komputer ATLAS.ti. Kajian ini dijalankan berpandukanmodel Stephen Kemmis & Mc Taggart dan Model Penyelidikan Johnson. Dapatankajian menunjukkan peningkatan prestasi membaca dalam kalangan murid-muridpemulihan di samping menarik minat murid untuk membaca. Peningkatan prestasimembaca murid pemulihan dapat dilihat berdasarkan keputusan saringan Linus.Kebanyakan responden telah lulus dalam saringan Linus tersebut. Implikasi daripadakajian ini, guru-guru Bahasa Malaysia boleh mengintegrasikan penggunaan komikdalam pengajaran mereka