Hubungan prestasi kerja dengan iklim organisasi dan ciri personaliti dalam kalangan pekerja di Selangor

Tujuan kajian ini untuk mengukur hubungan antara iklim organisasi dan ciri personalitidengan prestasi kerja dalam kalangan pekerja di syarikat Bumiputera, Selangor. Pengkajimenggunakan pendekatan soal selidik yang melibatkan 214 responden di Syarikat TerasBumiputera. Kajian ini menggunakan kaedah ku...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Syamimi Mansor
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5202
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Tujuan kajian ini untuk mengukur hubungan antara iklim organisasi dan ciri personalitidengan prestasi kerja dalam kalangan pekerja di syarikat Bumiputera, Selangor. Pengkajimenggunakan pendekatan soal selidik yang melibatkan 214 responden di Syarikat TerasBumiputera. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dimana soal selidik telahdiedarkan untuk mengkaji prestasi kerja, iklim organisasi dan ciri personaliti. Penemuanhasil kajian menunjukkan hubungan yang signifikan di antara iklim organisasi denganprestasi kerja. Dapatan kajian menunjukkan nilai korelasi yang positif di antara kelimalimadimensi iklim organisasi iaitu struktur, ganjaran, hubungan mesra sokongan danidentiti dengan prestasi kerja. Seterusnya, penemuan juga menunjukkan hubungan yangsignifikan di antara ciri personaliti dengan prestasi kerja. Dapatan kajian jugamenunjukkan nilai korelasi yang positif bagi ekstraversi, kesetujuan, kehematan danketerbukaan. Namun demikian ciri personaliti neurostisme menunjukkan nilai korelasiyang negatif dengan prestasi kerja. Regresi Berganda pula menunjukkan dimensi struktur,sokongan, identiti, ekstraversi dan keterbukaan mempengaruhi prestasi kerja secarapositif dan signifikan dengan prestasi kerja. Namun demikian dimensi kesetujuanmenunjukkan pengaruh yang signifikan negatif dengan prestasi kerja. Kesimpulandaripada kajian ini menunjukkan terdapat enam dimensi yang mempengaruhi prestasikerja iaitu yang signifikan ialah sokongan, seterusnya, kesetujuan, diikuti denganketerbukaan, struktur, ekstraversi dan akhir sekali dimensi identiti. Kajian ini diharapkandapat membantu pegawai sumber manusia dalam merangka pelan juga strategiorganisasi bagi memantapkan persekitaran dalaman dan tingkah laku pekerja seterusnyadapat meningkatkan prestasi syarikat. Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh unit Teraju,syarikat Bumiputera, pengkaji lain dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam organisasiperniagaan.