Pengaruh mekanisme sokongan sosial terhadap status kesihatan mental atlet pelajar di sekolah sukan Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor faktor yang mempengaruhimekanisme penerimaan sokongan sosial terhadap tahap kesihatan mental atlet yangmerangkumi masalah kemurungan, kebimbangan dan stres khususnya dalamkalangan atlet pelajar di Sekolah Sukan Malaysia. Pengkaji menggunakan pendekat...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | thesis |
语言: | zsm |
出版: |
2018
|
主题: | |
在线阅读: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5203 |
标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
总结: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor faktor yang mempengaruhimekanisme penerimaan sokongan sosial terhadap tahap kesihatan mental atlet yangmerangkumi masalah kemurungan, kebimbangan dan stres khususnya dalamkalangan atlet pelajar di Sekolah Sukan Malaysia. Pengkaji menggunakan pendekatankuantitatif dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata untuk memilih300 orang atlet pelajar daripada tiga buah sekolah sukan. Atlet pelajar yang terlibatdalam kajian ini adalah (lelaki = 158, perempuan = 148). Satu set borang soal selidikyang mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian A, faktor demografi. Bahagian B,Perceived Social Support Questionnaire (PSS-Q) dan bahagian C, Depression AnxietyStress Scale (DASS) digunakan dalam proses pengumpulan data. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sokongan sosialdaripada keluarga terhadap kemurungan (r = -.36, p <.01) dan kebimbangan (r = -.32,p <.01). Selain itu, terdapat juga hubungan yang signifikan antara sokongan sosialdaripada keluarga (r = -.27, p <.01) dan jurulatih (r = -.21, p <.01) terhadap stres.Manakala, sokongan sosial daripada rakan tidak mempunyai hubungan yangsignifikan terhadap kemurungan (r = -.19, p <.01), kebimbangan (r = -.15, p <.05) danstres (r = -.14, p <.05). Kesimpulannya, sokongan sosial daripada keluarga sangatmempengaruhi status kemurungan (= -.34, p= .00), kebimbangan (= -.30, p= .00)dan stres (= -.22, p= .00) dalam kalangan atlet pelajar. Selain itu, sokongan sosialdaripada jurulatih juga mempengaruhi status stres (= -.13, p= .04) dalam kalanganatlet pelajar. Implikasi kajian ini dapat memberi input kepada keluarga dan jurulatihtentang kewujudan masalah kesihatan mental dalam kalangan atlet pelajar. Keluargadan jurulatih seharusnya menyedari peningkatan masalah ini serta membantu atletpelajar mengatasinya secara berkesan. |
---|