Pembinaan dan penentusahan instrumen ujian subjektif kemahiran proses sains asas dan bersepadu sekolah rendah

Kajian ini bertujuan untuk membina dan menentusahkan instrumen ujian subjektifyang dinamakan Ujian Subjektif Kemahiran Proses Sains Asas dan Bersepadu(USKPSAB) untuk sekolah rendah bagi mengukur penguasaan kesemua 12 kemahiranproses sains. Kajian ini menggunakan gabungan dua fasa. Fasa pertama melib...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Shaliny Panneir Selvam
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5206
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk membina dan menentusahkan instrumen ujian subjektifyang dinamakan Ujian Subjektif Kemahiran Proses Sains Asas dan Bersepadu(USKPSAB) untuk sekolah rendah bagi mengukur penguasaan kesemua 12 kemahiranproses sains. Kajian ini menggunakan gabungan dua fasa. Fasa pertama melibatkanpembinaan item instrumen yang mana item soalan subjektif ditulis berdasarkan jadualspesifikasi item. Kesahan kandungan, kesahan muka dan pilihan jawapanditentusahkan secara kualitatif oleh panel pakar. Fasa kedua pula melibatkanpenentusahan aspek psikometrik instrumen melalui data kajian yang menggunakan216 murid Tahun 4 hingga Tahun 6. Jumlah skor ujian yang diperolehi oleh muridsemasa ujian rintis yang melibatkan 153 item ialah 63 hingga 150 (min = 119.4,sisihan piawai = 13.1) dengan nilai pekali kebolehpercayaan KR-20 ialah 0.84.Instrumen kemahiran proses sains yang terhasil mengandungi 75 item: 42 itemkemahiran proses sains asas (dengan min = 155.27, sisihan piawai = 13.0 dan nilaikebolehpercayaan KR-20 iaitu 0.77) dan 33 item kemahiran proses sains bersepadu(dengan min = 142.92, sisihan piawai = 26.9 dan nilai kebolehpercayaan KR-20 iaitu0.51). Min indeks kesukaran item ialah 0.36 dengan julat antara 0.25 hingga 0.75,manakala min indeks diskriminasi item pula 0.40 dengan julat antara 0.40 hingga0.51. Kajian ini telah menghasilkan satu instrumen kemahiran proses sains yang sahdan boleh dipercayai serta sesuai untuk menentukan tahap penguasaan kemahiranproses sains asas dan bersepadu dalam pembelajaran sains di sekolah rendah.