Faktor peramal dalam model ramalan mengenal pasti bakat sukan bola sepak dalam kalangan pemain lelaki berumur 14 hingga 17 tahun

Kajian longitudinal ini bertujuan mengenal pasti faktor peramal bakat sukan bola sepak dalamkalangan pemain lelaki berumur 14 hingga 17 tahun. Persampelan rawak mudah yang melibatkanresponden elit (n=20) responden sub elit (n=20) pemain bola sepak lelaki. Statistikdeskriptif dilaporkan dalam bentuk...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Muhamad Hafiz Ismail
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5229
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian longitudinal ini bertujuan mengenal pasti faktor peramal bakat sukan bola sepak dalamkalangan pemain lelaki berumur 14 hingga 17 tahun. Persampelan rawak mudah yang melibatkanresponden elit (n=20) responden sub elit (n=20) pemain bola sepak lelaki. Statistikdeskriptif dilaporkan dalam bentuk frekuensi dan peratus. Analisis statistik inferensidigunakan bagi melaporkan status kebolehpercayaan, ujian-t sampel tidak bersandar, ujian-tsampel berpasangan dan analisis regresi berganda. Pada amnya terdapat perbezaan min ketinggian, kekuatan otot, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, orientasi tugasan, kebimbangan kognitif, keyakinan diri, kemahiran menimang, kemahiran hantarandekat, kemahiran menggelecek dan kemahiran menjaring bagi 20 pemain bola sepak elit dan pemain bolasepak sub elit. Sehubungan itu, terdapat perbezaan min yang signifikan antara ujian pra dan ujianpos ke atas tiga belas pemboleh ubah iaitu ketinggian, berat badan, peratusan lemak, kekuatan otot,daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, fleksibiliti, BMI, orientasi tugasan, kemahiran menimang, kemahiran hantaran dekat, kemahiran hantaran jauh dan kemahiran menggelecek. Berpandukan kepada faktor peramal pertama (fizikal), faktor peramal kedua (kecergasan), faktor peramal ketiga (psikologi) dan faktor peramal keempat (kemahirandalam pemainan bola sepak) yang disandarkan kepada bakat sukan bola sepak, empat ModelRegresi Berganda dihasikan. Bagi faktor peramal pertama (fizikal) menyumbang sebanyak 53.5 peratusdisokong oleh peramal ketinggian dan peratus lemak dalam bakat bola sepak. Peramal kedua(kecergasan) menyumbang sebanyak 63.2 peratus dan peramal ketiga (psikologi) menyumbang sebanyak 66.4 peratus kepada bakat bola sepak. Manakala peramal keempat (kemahiran)menyumbang sebanyak 59.0 peratus kepada bakat bola sepak. Keempat-empat Model RegresiBerganda mampu menjadi panduandalam pemilihan bakat permainan bola sepak akan datang.