Diplomasi dan strategi pertahanan negeri Palembang (1804-0825)

Kajian ini bertujuan untuk menilai kekuatan dan kelemahan diplomasi dan strategipertahanan kesultanan Palembang era Sultan Mahmud Badaruddin II. Fokus kajian ini ialah untuk menganalisis amalan diplomasi dan strategi pertahanan tradisional kesultanan Palembang dalam mengekalkan kedaulatannya bag...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Syafruddin Yusuf
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5230
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai kekuatan dan kelemahan diplomasi dan strategipertahanan kesultanan Palembang era Sultan Mahmud Badaruddin II. Fokus kajian ini ialah untuk menganalisis amalan diplomasi dan strategi pertahanan tradisional kesultanan Palembang dalam mengekalkan kedaulatannya bagi menghadapi penjajahan Barat. Kajian ini menggunakan metodologi sejarah, terutamanya dalam analisis kualitatif yang mengandungi empat peringkat iaitu, heuristik, kritik, pentafsiran dan penulisan sejarah.Sumber primer diperoleh daripada Arsip Nasional Republik Indonesia, Perpustakaan NasionalIndonesia dan koleksi peribadi. Sumber sekunder pula terdiri daripada jurnal, buku dan tesis yang diperoleh daripada perpustakaan di Malaysia dan Indonesia. Sumbertersebut dinilai melalui proses kritikan sejarah untuk memastikan ketulenan sumber dankesahan maklumat. Fakta yang diperoleh ditafsir dan ditulis dalam bentuk naratif serta menekankanaspek sebab dan akibat. Dapatan kajian menunjukkan empat faktor yang menyumbang kepadakejatuhan Palembang iaitu, konflik dalaman istana; kegagalan Palembang membaca strategiBelanda; kelemahan pengganti Badaruddin II iaitu Prabu Anom dalam mengendalikan diplomasiterhadap Belanda; dan penentangan terbuka Sultan Ahmad Najamuddin Prabu Anom terhadap Belanda.Kesimpulan daripada kajian ini ialah, kejayaan Palembang dalam mempertahankan kedaulatan era Sultan Mahmud Badaruddin II terletak pada keutuhan diplomasi danstrategi pertahanannya dalam menghadapi kuasa Barat. Implikasi kajian ini menunjukkan kekuatan sesebuah kerajaan tradisional terletak pada kekuatan sistem sosial dan politiktradisional sesebuah bangsa itu sendiri. Oleh itu kesultanan Melayu perlu memantapkan falsafahsistem sosial dan politik tradisionalnya untuk mengatasi kesan kolonialisme di AlamMelayu.