Analisis genre dan akal budi dalam peribahasa Melayu Sarawak

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis genre dan akal budi yang terdapat dalamperibahasa Melayu Sarawak. Reka bentuk kajian ialah kajian kepustakaan yang bertujuan untuk mengenal pasti jenis peribahasa yang terdapat dalam beberapa buah bukuberdasarkan pendekatan induktif daripada aspek genre da...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Abang Patdeli Abang Muhi
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2018
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5231
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis genre dan akal budi yang terdapat dalamperibahasa Melayu Sarawak. Reka bentuk kajian ialah kajian kepustakaan yang bertujuan untuk mengenal pasti jenis peribahasa yang terdapat dalam beberapa buah bukuberdasarkan pendekatan induktif daripada aspek genre dan akal budi. Objektif kajian ini adalahuntuk mengenal pasti jenis-jenis peribahasa, menjelaskan struktur peribahasa dan menganalisis akalbudi dalam peribahasa. Teori Peribahasa Zaba dan Teori Semantik Geoffrey Leechdiaplikasikan dalam kajian ini. Teori Zaba digunakan untuk menentukan jenis-jenis dan fungsiperibahasa. Teori Leech menghuraikan jenis-jenis makna kiasan dan unsur-unsur akal budi. Datakualitatif kajian dipungut berdasarkan temu bual dua orang informan yang merupakan penutur asliBahasa Melayu Sarawak. Kriteria pemilihan informan ialah tokoh rujukan yang berusia, berwibawadan berkearifan mengenai sastera lisan Melayu Sarawak. Salah seorang daripada informan ialahpenulis dua buah buku pantun Melayu Sarawak. Dapatan kajian kepustakaan dan temu bualdengan informan mendapati 1,373 rangkap peribahasa Melayu Sarawak. Berdasarkan genreditemukan simpulan bahasa sebanyak 964 rangkap, pepatah atau bidalan 266 rangkap, perumpamaan 91rangkap, nilai kepercayaan 46 rangkap dan pantun dua baris berima sebanyak 6 rangkap. Genre yangpaling dominan ialah simpulan bahasa, namun tidak terdapat peribahasa jenis perbilangan dan lidahpendeta. Kajian juga mendapati aspek akal budi dalam peribahasa Melayu Sarawak menunjukkan pelbagaitema dan makna yang muncul berkaitan dengan ilmu pengetahuan, falsafah, pemikiran, budaya,pandangan hidup dan daya cipta. Implikasi penting kajian ini ialah 1,373 rangkap peribahasa ituboleh diterbitkan, dijadikan artifaksastera dan budaya serta sumber kajian tentang masyarakat Melayu Sarawak.