Penggunaan teknik pembikinan filem pendek dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral di sekolah menengah

Kajian ini bertujuan meneroka proses perkembangan psikologi pelajar Pendidikan Moraldengan menggunakan teknik pembikinan filem pendek sebagai rangsangan pengajaran danpembelajaran Pendidikan Moral. Kajian kualitatif ini dijalankan dalam reka bentuk kajiantindakan. Model kajian tindakan Zuber-Skerrit...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Vasanthan Gurusamy
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5233
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan meneroka proses perkembangan psikologi pelajar Pendidikan Moraldengan menggunakan teknik pembikinan filem pendek sebagai rangsangan pengajaran danpembelajaran Pendidikan Moral. Kajian kualitatif ini dijalankan dalam reka bentuk kajiantindakan. Model kajian tindakan Zuber-Skerrit telah digunakan untuk melihat proses perkembangan psikologi dari aspek sensitiviti moral, pertimbangan moral dan motivasimoral murid-murid Pendidikan Moral tingkatan 4. Murid-murid terlibat dalam proses pembikinanfilem pendek iaitu membuat papan cerita, berlakon, menonton dan menganalisis filem.Daripada tiga kelas pengajaran yang mempunyai 120 orang murid hanya seramai 18 orang murid telahdipilih sebagai peserta kajian untuk mengumpul data dengan menggunakan teknik temubual, pemerhatian, catatan jurnal dan rakaman video. Data dianalisis dengan menggunakan perisianNVivo-12. Empat tema utama yang muncul hasil analisis data Braun dan Clarke adalahsensitiviti moral iaitu empati, mentafsir perasaan orang lain, berpegang pada prinsip moral danpemahaman sebab dan akibat. Selain itu, pelajar mampu membuat pertimbangan moral mengikutskema kepentingan peribadi, mengekalkan norma dan akur dengan prinsip kemoralan sejagat. Aspekmotivasi moral pula dapat dikenalpasti semasa peserta bertanggungjawab terhadap keputusan dantindakan yang diambil, komited terhadap prinsip-prinsip moral, mengutamakan nilai-nilaimoral berbanding kehendak lain, menolak elemen yang memberikan keuntungan peribadi dan bertindak berdasarkan unsur moral dan etika. Kesimpulan dapatan kajian menunjukkanteknik pembikinan filem pendek dapat digunakan sebagai salah satu kaedah pengajaranPendidikan Moral bagi mencungkil unsur-unsur psikologi moral. Implikasi kajian inimemberikan input yang penting kepada guru dalam prosespengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral yang lebih bermakna.