Analisis teori Takmilah Fara'id Al-Fawa'Id Al-Fikr Al-Imam Al-Mahdi karangan Sheikh Daud Al-Fatani

Faraid al-Fawaid al-Fikr fi al-Imam al-Mahdi (MSS 2939) adalah karya tulisan SheikhDaud al-Fatani r.h.m yang diterjemah daripada guru beliau iaitu Sheikh Mari bin Yusuf r.h.m.Kajian ini bertujuan mengenalpasti dan menganalisis secara terperinci tentang aspek-aspekketauhidan, kerasulan dan kesempurna...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Syarifah Salha Syed Ahmad
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5298
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Faraid al-Fawaid al-Fikr fi al-Imam al-Mahdi (MSS 2939) adalah karya tulisan SheikhDaud al-Fatani r.h.m yang diterjemah daripada guru beliau iaitu Sheikh Mari bin Yusuf r.h.m.Kajian ini bertujuan mengenalpasti dan menganalisis secara terperinci tentang aspek-aspekketauhidan, kerasulan dan kesempurnaan Islam berpandukan prinsip-prinsip teori Takmilah.Kajian dibuat menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks secara deskriptif. Teori Takmilah digunakan dalam menganalisis kandungan teks kerana sejajar dengan kontekskandungannya yang meletakkan tauhid sebagai tunjang utama karya bercirikan Islam. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa naskhah manuskrip MSS 2939 memperlihatkan unsur-unsur tauhid sejajardengan prinsip ketuhanan yang bersifat Kamal. Ciri-ciri kepimpinan Islam dapat ditemukan dalammanuskrip ini dan bertepatan dengan prinsip kerasulan yang bersifat Kamil. Juga hasil dapatanmenyimpulkan bahawa ciri-ciri kesempurnaan Islam meliputi prinsip keislaman yang bersifat Akmal. Justeru cetusan ilham pemikir Islam ke arah memartabatkan teori sasteraIslam mampu dijulang sebaris dengan teori-teori barat yang rancak digunakan dekad ini. Makadengan itu usaha ini turut menyumbang kepada pertambahan koleksi khazanah ilmu di Pusat ManuskripMelayu, Perpustakaan Negara Malaysia sekaligus dapat memartabatkan khazanah warisan Melayudi Malaysia. Kajian ini diharap dapat memandu kefahaman yang benar kepada khalayak pembaca dan penyelidik khususnya berkaitan ketuhanan, kepimpinan dan keislamanberlandaskan Enam Rukun Iman dan Lima Rukun Islam.