Membangunkan perisian intervensi atrikulasi dan pertuturan (IAP) bagi murid pendidikan khas

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaranmultimedia Intervensi Artikulasi dan Pertuturan (IAP). Kajian ini menggunakan metodologipenyelidikan dan pengembangan (Research and Development [R&D]). Pembangunan perisian inidibangunkan dengan menggunakan perisian Ado...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Fariza Salwa Yaakub
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2019
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5303
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini dijalankan untuk membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaranmultimedia Intervensi Artikulasi dan Pertuturan (IAP). Kajian ini menggunakan metodologipenyelidikan dan pengembangan (Research and Development [R&D]). Pembangunan perisian inidibangunkan dengan menggunakan perisian Adobe Flash Professional CS6 sebagai platformutama. Pembangunan perisian multimedia ini menggunakan model instruksi pembangunan perisianHannaffin dan Peck, (1988) sebagai tunjang kepada keseluruhan kajian. Model pembangunan inimerangkumi tiga fasa penting dan melalui penilaian dan pengulangan mengikut keperluan setiap fasa.Model ini menggabungkan teori kognitivisme dan teori perkembangan sosial oleh Lev Vygotsky sebagaiteori sokongan. Antara fasa-fasa yang terlibat bagi model ini adalah fasa pertama AnalisisKeperluan, kedua Rekabentuk dan ketiga adalah Pembangunan dan Perlaksanaan. Kurikulum StandardSekolah Rendah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Komponen Bahasa Melayu sahaja dijadikanasas kandungan IAP. Dapatan kajian mendapati kandungan yang perlu dimasukkan ke dalam perisianIAP adalah subtajuk Prapertuturan yang mempunyai min tertinggi dengan nilai sebanyak4.80 (s.p=0.16) dan rekabentuk perisian melalui platform Adobe Flash Pro CS6 memenuhiciri-ciri bahan pembelajaran untuk murid-murid bermasalah pembelajaran. Selain dari itu,koefisen Kappa (K) bagi kesahan kandungan ini adalah 0.86 yang berada pada tahap sangatbaik dan koefisen Kappa (K) bagi kesahan perisian ini adalah0.95 yang berada pada tahap sangat baik. Oleh yang demikian, kajian ini memberi satu nilai tambahkepada kaedah yang lebih berkesan dalam pengajaran dan pembelajaranbagi murid-murid yang mempunyai masalah bahasa dan pertuturan.