Persepsi guru dalam penggunaan buku cerita terhadap pengajaran membaca bagi Bahasa Kadazandusun dan hubungannya dengan strategi guru

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru dalam penggunaan buku ceritaterhadap pengajaran membaca bagi Bahasa Kadazandusun (BKD) dan hubungannya dengan strategi pengajaran guru sekolah di Daerah Keningau. Menggunakan pendekatan reka bentuk kuantitatif dan soal selidik sebagai instrumen kajia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jinuin Jainis
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5304
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru dalam penggunaan buku ceritaterhadap pengajaran membaca bagi Bahasa Kadazandusun (BKD) dan hubungannya dengan strategi pengajaran guru sekolah di Daerah Keningau. Menggunakan pendekatan reka bentuk kuantitatif dan soal selidik sebagai instrumen kajian. Pemilihan subjek kajianadalah secara rawak iaitu 50 orang dari jumlah populasi seramai 60 orang guru BKD.Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif min, sisihan piawaian dan inferens yangmelibatkan ujian korelasi Pearson dan ujian Chi- Square seterusnya menerangkan hubungan antarapembolehubah kajian. Kajian ini mendapati bahawa guru masih menggunakan buku dalam Pengajaranmembaca BKD (M = 3.75, SD = 0.26). Manakala strategi yang digunakan oleh guru dalam pengajaranmembaca juga adalah positif dan memberi kesan kepada proses pengajaran membaca BKD (M = 3.25, SD =0.26). Analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang sangat kuatdan tidak signifikan antara persepsi dengan strategi pengajaran yang digunakan oleh guru dalampengajaran membaca r (50) = - 0.99, p > .05. Dapatan kajian hubungan antara faktordemografi responden dengan strategi pengajaran dengan menggunakan ujian Chi Square mendapatibahawa tidak terdapat hubungan antara umur dengan strategi pengajaran guru, (36, N =50) = 31.37, p = 0.68. Ujian Chi-Square menunjukkan bahawa tidak terdapat hubunganantara jantina dengan strategi, (12, N = 50) = 9.13, p = 0.69. Selain itu, ujian Chi- Squarejuga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan antara status dengan strategi pengajaran guru, (24, N =50) = 15.64, p = .90. Manakala hubungan antara strategi dengan bangsa adalah diterimakerana tidak terdapat hubungan, (12, N = 50) = 7.43, p = .82. Seterusnya hubungan antarapengalaman dengan strategi adalah tidak terdapat hubungan, (24, N = 50) = 21.54, p =.60. Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa persepsi guru terhadap penggunaan buku ceritadalam pengajaran membaca dan hubungannya dengan strategi adalah positif. Implikasi kajian menunjukkan dapatan bahawa penggunaan buku cerita menyumbang dalammeningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.