Pembangunan modul pengajaran kreatif Asid Bes pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah modul pengajaran kreatif matapelajaran kimia bagi tajuk Asid dan Bes yang dinamakan modul Pengajaran Kreatif Asid BesPendidikan STEM (PKAB-STEM). Kajian ini adalah kajian reka bentuk dan pembangunan modul. ModulPKAB-STEM dibangunkan berdasarkan Model Pr...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Norlida Mohd Yaacob
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5306
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah modul pengajaran kreatif matapelajaran kimia bagi tajuk Asid dan Bes yang dinamakan modul Pengajaran Kreatif Asid BesPendidikan STEM (PKAB-STEM). Kajian ini adalah kajian reka bentuk dan pembangunan modul. ModulPKAB-STEM dibangunkan berdasarkan Model Proses Kreatif Terarah yang melibatkan empatstrategi pengajaran dan pembelajaran iaitu konstruktivisme, inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek. Modul ini bolehdigunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kimia di sekolah menengah. Modul ini dibangunkan dalam tiga peringkat berdasarkan model reka bentuk Hannafin dan Peck, iaituFasa 1: analisis keperluan, Fasa 2: mereka bentuk dan Fasa 3: pembangunan danpelaksanaan. Penilaian dan penambahbaikan modul dijalankan secara berterusan semasa ketiga-tigafasa tersebut dilaksanakan. Seramai 30 orang guru dipilih secara rawak untuk menjawabsoal selidik bagi mengukur persepsi mereka terhadap modul yang dibina. Modul PKAB-STEM memperolehkesahan kandungan modul dengan pekali kesahan bernilai 0.95 manakala kebolehpercayaan moduldiukur melalui Cronbach Alpha bernilai 0.71. Data menunjukkan nilai min yang tinggi terhadapmodul PKAB-STEM dari aspek kandungan (M =4.46, SP = 0.51) dan format (M = 4.42, SP =0.50). Kesimpulannya, modul PKAB-STEM ini adalah sah dan boleh dipercayai. Dari segi implikasi,modul PKAB-STEM ini dijangka dapat membantu guru mempelbagaikan teknik pengajaran danmengaplikasikan STEM dalam pengajaran kimia di bilikdarjah.