Perspektif guru terhadap pelaksanaan kurikulum standard reka bentuk dan teknologi (RBT) tingkatan satu di sekolah menengah

Kajian ini bertujuan menilai pelaksanaan Kurikulum Standard Reka Bentuk dan Teknologi (KSRBT) Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Malaysia. Penilaian dilakukan menggunakan modelpenilaian CIPP yang dipelopori oleh Stufflebeam (1971). Aspek yang dinilai adalah aspekkonteks dan aspek input. Aspek kontek...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Felicity John French Udin
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2018
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5311
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan menilai pelaksanaan Kurikulum Standard Reka Bentuk dan Teknologi (KSRBT) Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Malaysia. Penilaian dilakukan menggunakan modelpenilaian CIPP yang dipelopori oleh Stufflebeam (1971). Aspek yang dinilai adalah aspekkonteks dan aspek input. Aspek konteks merangkumi kesediaan guru, kursus guru dan kesesuaianisi kandungan mata pelajaran RBT. Manakala aspek input pula merangkumi keupayaan pihak sekolahmenyediakan bahan kurikulum dan kemudahan fizikal untuk pelaksanaan mata pelajaran RBT. Reka bentukkajian yang digunakan ialah reka bentuk penilaian program menggunakan kaedah kualitatif.Seramai lima orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Teknik pengumpulan data adalah melalui temu bual dan pemerhatian. Senarai semak digunakan bagi mengukuhkan dapatankajian. Dari aspek konteks, dapatan kajian menunjukkan guru Kemahiran Hidup (KH) bersediamelaksanakan KS RBT. Secara keseluruhannya guru KH bersetuju bahawa kursus RBT yang telah disediakan membantu dalam pengajaran mereka tetapi kurang memenuhi keperluan gurudan mereka masih memerlukan kursus lanjutan. Dapatan kajian juga menunjukkan isi kandunganmata pelajaran RBT sesuai dengan tahap penguasaan murid tingkatan satu dan menjurus kepadaPendidikan Abad ke-21. Dari aspek input pula, dapatan kajian menunjukkan bahan kurikulum dankemudahan fizikal yang disediakan kurang memenuhi keperluan KS RBT. Kesimpulan berdasarkandapatan kajian menunjukkan KS RBT dapat dilaksanakan dengan baik tetapi masih terdapat beberapaaspek yang perlu diberikan nilai tambah dan perhatian bagi memantapkan lagi pelaksanaan KSRBT tingkatan satu. Implikasi kajian ini menunjukkan keperluan kursus KS RBT dan kemudahan fizikaluntuk pengajaran dan pembelajaran KS RBT tingkatan satu perlu dipertingkatkan. Satu garispanduan pemurnian pelaksanaan KS RBT dari aspekkonteks dan input telah dikemukakan.