Feminin sakral dalam watak halus wayang kulit Kelantan

Wayang Kulit Kelantan (WKK) merupakan salah satu teater tradisional yang sering dipersembahkandi Kelantan suatu ketika dahulu. Kajian ini memilih repertoir dari epik Ramayana sebagai sumberuntuk mendapatkan ciri-ciri feminin dalam reka bentuk gambalan, pergerakan gambalan danteks naratif dalam watak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fara Dayana Mohd Jufry
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5318
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Wayang Kulit Kelantan (WKK) merupakan salah satu teater tradisional yang sering dipersembahkandi Kelantan suatu ketika dahulu. Kajian ini memilih repertoir dari epik Ramayana sebagai sumberuntuk mendapatkan ciri-ciri feminin dalam reka bentuk gambalan, pergerakan gambalan danteks naratif dalam watak-watak halus Wayang Kulit Kelantan. Antara ciri-ciri feminin yangdominan dalam watak-watak halus WKK ialah penyayang, tidak menggunakan bahasa kasar, belaskasihan, bercakap lemah lembut, sensitif dengan keperluan orang dan memahami. Kajian inipenting untuk perkembangan ilmu dalam meneliti sifat dan latar belakang watak-watak halus WKK.Oleh yang demikian, kaedah etnografi diguna pakai untuk mencapai tiga objektif. Objektifpertama ialah merungkai ciri-ciri feminin yang terdapat dalam watak-watak halus WKK melalui rekabentuk gambalan, pergerakan gambalan dan teks naratif. Ciri- ciri ini dirungkai denganmenggunakan Teori Skema Gender dan Bem Sex-Role Inventory sebagai pengukur. Objektif keduaialah menggariskan proses pembentukan ciri-ciri feminin dalam perwatakan watak-watak halus WKK danobjektif terakhir ialah mensintesiskan ciri-ciri feminin dalam watak-watak halus danmenegaskan bahawa ciri-ciri feminin dalam WKK merupakan suatu simbol status feminin sakral. Kajianini menggunakan komponen feminin sakral untuk menggariskan status watak-watak halus WKK melalui ciri-ciri feminin watak-watak halus dan disokong oleh konsep kosmologi. Selain itu,hubungan metafizik antara watak-watak halus dan pencipta dapat meletakkan watak-watak halus WKKberada pada satu status yang tinggi. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa ciri-cirifeminin yang dimiliki oleh watak-watak halus menunjukkan golongan bangsawan WKK diangkat padasatu status yang menghampiri sakral. Justeru itu, kajian ini telah memberi implikasi kepadaperkembangan ilmu dengan membuka pandangan positif para sarjana terhadap teater tradisional yangtelahmenggunakan konsep femininiti.