Penilaian keberkesanan program pembelajaran non-formal Orang Asli dewasa di Malaysia

Kajian kuantitatif menggunakan kaedah penilaian program ini bertujuan untuk menilai aspek input,output, outcome dan impact bagi tiga program pembelajaran non-formal Orang Asli dewasa iaituProgram Kelas Dewasa bagi Ibubapa Murid Orang Asli dan Peribumi (KEDAP KPM), Program KelasDewasa Asli dan Peribu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Halif Md Saleh
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5319
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kuantitatif menggunakan kaedah penilaian program ini bertujuan untuk menilai aspek input,output, outcome dan impact bagi tiga program pembelajaran non-formal Orang Asli dewasa iaituProgram Kelas Dewasa bagi Ibubapa Murid Orang Asli dan Peribumi (KEDAP KPM), Program KelasDewasa Asli dan Peribumi (KEDAP JAKOA) dan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK).Instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada soal selidik, protokol temubual dansenarai semak pemerhatian bagi tujuan memperolehi data daripada responden kajian. Seramai 136responden pengurusan, 331 pelajar dan 144 guru telah dipilih secara rawak bagi program KEDAP KPM,manakala 36 responden pengurusan, 351 pelajar dan 97 guru dipilih secara rawak bagi programKEDAP JAKOA. Untuk program PLKK pula seramai 48 responden pengurusan, 214 pelatih dan40 tenaga pengajar telah dipilih secara rawak. Untuk temubual, seramai tiga orangresponden telah dipilih daripada setiap kategori responden termasuk pemimpin Orang Asli dansecara keseluruhannya terdapat 36 orang peserta yang telah ditemubual. Secara umumnya,dapatan utama data soal selidik mendapati responden bersetuju bahawa mereka dapat menguruskanaspek input dengan baik. Begitu juga dengan aspek output dan aspek outcome telah dilaksanakandengan berkesan. Walau bagaimanapun berdasarkan data kualitatif, beberapa cadangan dianjurkanseperti memperbaiki infrastruktur sedia ada bagi kelas KEDAP JAKOA, menambah bahan bantumengajar guru dan tenaga pengajar, menambah baik kurikulum sedia ada, melaksanakankursus andragogi dan latihan mengajar secara intensif kepada guru dan tenaga pengajar sertamelaksanakan kursus motivasi pelajar bagi program KEDAP KPM dan KEDAP JAKOA. Selain itu, kursuskemahiran insaniah kepada pelatih PLKK secara berpusat dan mewujudkan kursus- kursusberbentuk kemahiran keusahawanan dan perniagaan juga telah dicadangkan. Dapatan kajianjuga menunjukkan aspek kurikulum, proses pengajaran dan kaedah pengajaran dan pembelajaranadalah antara faktor yang kritikal dalam memastikan keberkesanan sesuatu program. Justeru, implikasi utama kajian adalah satu pendekatan pengajaran KEDAP yang baharu iaitu andragogi peribumi perlu diterapkan ke dalam pengajaran KEDAP Orang Asli dewasa. Akhir sekali, berdasarkan dapatan empirikal kajian, satu kerangkabaharu perancangan am pembelajaran non-formal Orang Asli dewasa di Malaysia telahdicadangkan.