Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan dan penggunaan pendekatan pembelajaran teradun dalam kalangan guru di Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi NiatTingkah Laku (NTL) dan Tingkah Laku Penggunaan (TLP) bagi membentuk model konseptualpenerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun (Blended Learning Acceptance andUse Model- BeLAUM). Kajian juga menilai kesan pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Azli Yeop
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5322
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi NiatTingkah Laku (NTL) dan Tingkah Laku Penggunaan (TLP) bagi membentuk model konseptualpenerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun (Blended Learning Acceptance andUse Model- BeLAUM). Kajian juga menilai kesan pemboleh ubah mediator dan pemboleh ubah moderatorterhadap hubungan antara konstruk kajian. Pendekatan reka bentuk kaedah bercampur - penerokaanberturut (Sequential exploratory- mixed methods research design) digunakan untuk mencapai enam objektif kajian.Pembentukan konstruk dan instrumen kajian adalah berdasarkan tinjauan literaturterhadap model-teori penerimaan teknologi terdahulu, hasil analisis temubual kumpulan fokus sertapenilaian panel pakar. Bagi pengumpulan data utama kajian, seramai 851 orang guru telahmemberi makum balas melalui soal selidik penilaian kendiri. Ujian statistik StructuralEquation Modeling (SEM) digunakan sebagai prosedur analisis statistik utama kajian bagimelaksanakan anggaran parameter dan pengujian model. Dapatan utama kajian mendedahkanbahawa Jangkaan Penggunaan (JPG), Pengaruh Sosial (PS), Keadaan Kemudahan (KK) danEfikasi Guru (EG) adalah faktor yang signifikan mempengaruhi NTL dan TLP. Secara keseluruhannya, analisis SEM membuktikan bahawa pemboleh ubah BeLAUM telah menyumbangsebanyak 73.3% varians bagi NTL dan 65.1% varians bagi TLP. Dapatan turut menunjukkan bahawa KKadalah pemboleh ubah mediator dalam hubungan antara EG dan NTL. Jantina,pengalaman dan beban tugas merupakan pemboleh ubah moderator dalam model kajian. Kesimpulannya, kajian ini telah dapat menjelaskan faktor-faktor sebenar yang mempengaruhi guru untukmelaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun, di samping menyumbang kepada pemahaman terhadap teori-teori penerimaan teknologi secara kontekstual dengan kajian semasa berdasarkantetapan sistem pendidikan di Malaysia. Pembangunan model konseptual ini dijangka berupayamenawarkan panduan konstruktif kepada pengubal dasar, Kementerian Pendidikan Malaysia sertapihak berkepentingan lain untuk merencana pembangunan profesional keguruan dan seterusnyamenggalakkan amalan pembelajaran menggunakan pendekatan Pembelajaran Teradun yang lebih baik.