Teori Teksdealisme dalam gaya keibubapaan novel Komsas Sukar Membawa Tuah dan Merenang Gelora

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya keibubapaan dalam novel Komsas SukarMembawa Tuah dan Merenang Gelora. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedahkepustakaan dan kajian teks. Asas dan dasar kepada kajian ini dirungkai melalui empat prinsip TeoriTeksdealisme yang diasaskan oleh Abdul...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ruziwati Abu Samah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5370
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya keibubapaan dalam novel Komsas SukarMembawa Tuah dan Merenang Gelora. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedahkepustakaan dan kajian teks. Asas dan dasar kepada kajian ini dirungkai melalui empat prinsip TeoriTeksdealisme yang diasaskan oleh Abdul Rahman Napiah, iaitu prinsip kehadiran,pelanggaran, pengukuhan dan keunggulan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa, novel Komsas yang menggunakan gaya keibubapaan memainkan peranan yang luas dalam pembentukansebuah masyarakat dan dilihat lebih bersifat mendidik. Kajian ini mendapati peranan ibu bapaamat besar dalam menentukan perkembangan identiti dan tingkah laku anak- anak yang membantumeningkatkan penghargaan kendiri dan emosi mereka. Kajian ini juga mendapati gaya asuhan yangbersifat penolakan daripada ibu bapa menyebabkan remaja terabai dan terjebak dengandelinkuensi. Ibu bapa yang sering menghargai dan menyokong anak-anak didapati memberi peluangkepada anak-anak untuk berkongsi pendapat dengan mereka dan meningkatkan keyakinan diri mereka.Melalui dapatan kajian yang menggunakan keempat-empat prinsip Teksdealisme, pengkaji mendapatiprinsip keunggulan paling dominan digunakan. Ibu bapa yang memiliki sifat keberanian dankebijaksanaan dalam mendidik adalah wadah yang berkesan dijadikan teladan dalam kehidupanmasyarakat hari ini. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa gaya keibubapaan memainkan perananpenting kepada pembentukan sahsiah remaja yang unggul seperti yang diaspirasikan olehnegara. Kajian yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan supaya ilmu keibubapaan inidapat dikembangkan dandipupuk penggunaannya kepada para ibu bapa dalam usaha membangunkan bangsa.