Pengaruh kepimpinan transformasional guru besar terhadap komitmen kerja guru di sekolah rendah yang menerima Bai'ah di Sarawak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh antara kepimpinan transformasional guru besarterhadap komitmen kerja guru di sekolah rendah yang menerima Bai'ah di Sarawak. Pendekatan kuantitatif reka-bentuk deskriptif korelasi telah digunakan dalam kajian ini. Sampel terdiridaripada 507 orang gur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Merenee Lin Anak Tengi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5373
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh antara kepimpinan transformasional guru besarterhadap komitmen kerja guru di sekolah rendah yang menerima Bai'ah di Sarawak. Pendekatan kuantitatif reka-bentuk deskriptif korelasi telah digunakan dalam kajian ini. Sampel terdiridaripada 507 orang guru dari 17 buah sekolah yang menerima Bai'ah di Sarawak. Data dianalisismenggunakan ujian-t, ANOVA sehala, korelasi Pearson dan regresi pelbagai. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan transformasional (min = 4.25) dan komitmen kerja guru(min = 4.13) adalah pada tahap yang tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubunganyang signifikan antara tahap amalan kepimpinan transformasional dan komitmen kerja guru (r=0.185, p = 0.00). Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa pemboleh ubah kepimpinan transformasional pertama iaitu membina visi dan matlamat sekolah ( = 0.22, p = 0.00)merupakan pengaruh utama terhadap komitmen guru diikuti dengan menjadi teladan terhadap nilai-nilaipenting organisasi ( = 0.19, p = 0.00), menunjukkan prestasi kerja yang tinggi ( = 0.19, p =0.00), menyediakan rangsangan intelektual ( = .15, p = 0.00), menawarkan sokongan secara peribadi( = 0.12, p = 0.00), dan membangunkan struktur serta menggalakkan penglibatan dalam proses membuatkeputusan ( = 0.15, p = 0.00). Sebanyak 31 peratus variasi di dalam komitmen kerja guru diterangkan oleh pemboleh ubah bebas. Kesimpulannya, kepimpinan transformasional gurubesar mempengaruhi komitmen kerja guru di sekolah rendah yang menerima Bai`ah diSarawak. Implikasi kajian menunjukkan kepimpinan transformasional boleh meningkatkankomitmen kerja guru dan sesuaidipraktikkan oleh semua pemimpin sekolah untuk pembangunan sekolah.