Tahap kebimbangan seketika dan kadar denyutan nadi atlet kayak universiti yang bertanding di peringkat kebangsaan
Tujuan kajian ini adalah mengenal pasti tahap kebimbangan seketika dan kadar denyutan nadi atletkayak universiti yang bertanding di peringkat kebangsaan. Responden terdiri daripada atletkayak universiti (lelaki dan perempuan) yang bertanding di tiga peringkat pertandingan Kebangsaan(Universiti, SUKI...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5375 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan kajian ini adalah mengenal pasti tahap kebimbangan seketika dan kadar denyutan nadi atletkayak universiti yang bertanding di peringkat kebangsaan. Responden terdiri daripada atletkayak universiti (lelaki dan perempuan) yang bertanding di tiga peringkat pertandingan Kebangsaan(Universiti, SUKIPT dan Intervarsity). Semua responden menjawab soal selidik RevisedCompetitive State Anxiety Inventory-2R (CSAI-2R). Secara keseluruhan, keputusan ujian Anova Dua Hala menunjukkan kebimbangan seketika (kebimbangan kognitif seketika,kebimbangan somatik seketika dan keyakinan diri) dan kadar nadi latihan pada tempoh masatujuh hari, satu hari, dua jam dan tiga puluh minit sebelum latihan dan sebelum pertandingan berada pada tahap yang sederhana. Hasil analisis Anova Dua Hala, menunjukkan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan kebimbangan kognitif seketika pada tujuhhari, satu hari, dan dua jam sebelum latihan dan sebelum pertandingan. Manakala Kebimbangan somatik seketika menunjukkan perbezaan yang signifikan pada tujuh harisebelum latihan. Dapatan ujian MANOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yangsignifikan kebimbangan kognitif seketika bagi atlet perempuan pada dua jam sebelum pertandingan danatlet lelaki signifikan tujuh hari sebelum latihan. Manakala tidak terdapat perbezaan yangsignifikan kadar nadi latihan atlet lelaki dan atlet perempuan pada tujuh hari, satu hari, duajam dan tiga puluh minit sebelum latihan dan sebelum pertandingan. Analisis korelasi pearsonmenunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif sederhana kebimbangan somatik seketikadan kadar nadi latihan dua jam dan tiga puluh minit sebelum pertandingan. Analisiskorelasi pearson juga menunjukkan hubungan yang signifikan dan positif sederhana kebimbangankognitif seketika dengan kadar nadi latihan tiga puluh minit sebelum pertandingan dalam kalanganatlet perempuan. Manakala hanya pada tiga puluh minit sebelum latihan menunjukkan hubungan yangsignifikan dan positif sederhana kebimbangan somatik seketika dan kebimbangan kognitifseketika dengan kadar nadi latihan dalam kalangan atlet perempuan. Kajian menunjukkanatlet yang mengalami tahap kebimbangan seketika dan kadar nadi latihan yang tinggi menyebabkanprestasi menurun sebelum pertandingan. Oleh itu, atlet perlu mengawal tahapkebimbangan dan kebangkitan fisiologi dengan mengaplikasikan latihan kemahiran psikologibagi meningkatkan prestasi.Kata Kunci: Kebimbangan Seketika, Kadar Denyutan Nadi Kebimbangan SomatikSeketika dan Kebimbangan Kognitif Seketika. |
---|